Viral

(Video) : Bayi Diberi Makan Sambil Berbaring, Anak² Asuhan Diarah Urut Kaki Pengasuh?

Viral di media sosial sebuah taska dilaporkan tidak mematuhi atau mengamalkan ciri-ciri sebuah taska mengikut standard yang telah ditetapkan mencetuskan kemarahan netizen khususnya golongan ibu.

Gambar dan video yang dimuat naik oleh Azlinda Husna itu menunjukkan anak-anak asuhan dibiarkan baring di atas lantai tanpa sebarang alas, selain bayi dibiarkan menangis dan diberi makan dalam keadaan baring.

Beberapa anak-anak asuhan berusia lingkungan 3-4 tahun pula dilihat disuruh mengurut kaki seorang pengasuhnya.

Dalam video dan gambar tersebut, keseluruhan operasi taska yang tidak didedahkan lokasinya itu dilihat tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi sehingga taska menjadi huru hara dan tidak teratur.

Selain mempersoalkan mengapa anak-anak asuhan terlalu ramai, tidak mengimbangi jumlah pengasuh yang ada, netizen turut mempertikaikan taska itu kelihatan suram dan tidak ceria.

Televisyen yang disediakan pula terlalu kecil dan tinggi, selain diletakkan dalam ‘kotak besi’ yang amat membahayakan penghuninya.

Menurut Azlina, beliau sudah cuba melaporkan perkara itu kepada pihak JKM sejak 5 Mac lalu, namun tiada sebarang tindakan yang diambil. Sehinggalah semalam beliau menghubungi Talian Annur.

“Alhamdulillah, JKM dan pihak polis telah jalankan siasatan. Semoga perkara ini menjadi iktibar buat semua ibu bapa dan diri saya sendiri.

“Kalau anak kecil menangis-nangis tak nak dengan pengasuh, segeralah cari yang lain. InshaAllah ada jalan penyelesaian,” katanya.

Sumber : Azlinda Husna

Leave a Reply