Info Semasa, Macam-Macam, Manusia, Seram, Video, Viral

[VIDEO] Dua Beradik Bunuh Diri Kerana Masalah Gangguan Jiwa

Dua beradik perempuan baru-baru ini bunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh kediaman mereka di Bandung, Indonesia, dan dikatakan mempunyai masalah gangguan jiwa.

Elviana, 34, dan Eva Septiani, 28, mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki menurut pihak polis.

Reonald, abang kepada dua orang wanita tersebut mengatakan kedua-dua adik perempuannya ini mengalami masalah gangguan jiwa sejak kehilangan ibu mereka pada tahun 2006 yang lalu.

Kedua-dua wanita tersebut pernah menerima rawatan di hospital sakit jiwa Yayasan Penuai Indonesia Bogor bagi memulihkan masalah kemurungan yang dialami mereka.

Adik-beradik tersebut tinggal di kondominum tersebut sejak dua tahun lalu.

Masalah sakit mental dan gangguan jiwa sudah semakin banyak yang diperlihatkan di mata dunia. Semakin hari, semakin ramai yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia dengan membunuh diri.

Jika anda dapat mengenalpasti keadaan orang sekeliling yang mengalami masalah seperti ini, kami sarankan agar anda terus memberi bantuan, kembalikan semangat mereka dan bimbing mereka ke jalan yang benar.

Marilah kita sama-sama berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan.

Comments 1

  1. ‘dua bedarik’?? ..

Leave a Reply