Cool, Info Semasa, Inspirasi, kagum, menarik, Video

[VIDEO] Engku Aleesya Anak Erra Fazira Mengaji Menerima Reaksi Positif Netizen

Erra Fazira menerima pujian daripada peminat dan juga pengguna laman sosial selepas satu video anak sulungnya, Engku Aleesya dimuat naik ke Internet menunjukkan beliau sedang belajar mengaji.

Aleesya pernah dikritik oleh netizen kerana beliau tidak fasih berbahasa Melayu. Orang ramai juga pernah mendengar pelat Aleesya yang jelas apabila Aleesya cuba berbahasa Melayu sebelum ini.

Baru-baru ini, melalui akaun peribadi Instagram @errafazira, beliau telah berkongsi satu video bersama peminat di mana anaknya itu sedang berusaha dalam pembelajaran mengaji.

Video tersebut telah menarik perhatian ramai netizen dan kini telah mencecah 510 ribu tontonan daripada orang ramai. Video itu juga turut menerima reaksi positif daripada orang ramai.

“Alhamdulillah. Slowly ada kemajuan. Cepat lah lancar wahai anak, alangkah indahnya bila lepas solat dapat dengar anakanda mengaji dengan lancar dan baik. Mudah mudahan. Amin. Selamat Malam semua,” kapsyen Erra pada video tersebut.

Kanak-kanak itu menerima pujian di atas usahanya untuk belajar mengaji. Sudah menjadi lumrah bagi mereka yang baru mula berjinak dengan mengaji, pastinya tidak lancar dan tersangkut-sangkut.

Terdapat juga netizen yang memuji Aleesya keranaa bacaan tajwid dan sebutannya yang betul.

Namun begitu, komen positif daripada orang ramai terutamanya netizen pasti membakar semangat Erra untuk mendidik anaknya untuk pergi lebih jauh lagi dalam ilmu agama.

Mari kita ramai-ramai mendoakan Erra dan keluarganya mendekatkan lagi dengan agama dan terus berjaya dalam hidup.

Leave a Reply