Viral

(Video) : Gara-Gara Rempuh Kereta Yang “Brek” Mengejut, Penunggang Motosikal Ini Patah Ibu Jari

Seorang penunggang motosikal patah ibu jari tangan kanan selepas merempuh sebuah kereta yang brek mengejut di depannya, semalam.

Dalam kejadian jam 6.58 petang di Jalan Kampung Sireh semalam, seorang perempuan tua berpakaian merah perlahan-lahan melintas jalan tanpa mempedulikan kereta yang datang dari arah kanannya.

Terkejut melihat kehadiran wanita itu, pemandu kereta Perodua Kelisa terus membuat brek mengejut menyebabkan dia dirempuh kereta Proton Wira.

Penunggang motosikal yang berada di belakang juga gagal memberhentikan motosikalnya lalu merempuh belakang Proton Wira tersebut.

Akibat dari kejadian itu, mangsa, Suraya Md Said, anak kepada Pengerusi JKKKP Kampung Cherang Melintang, Tumpat, patah ibu jari tangan kanan dan retak kepala lutut.

Kejadian itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan kini viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyalahkan wanita tua berkenaan.

Comments 3

  1. Zarulnazmi

    Setakat ni semua blog cuma siarkan pasal penunggang motosikal, pemandu kereta dan komen2 netizen, tapi takde satu pun yang dapat cari siapa wanita yang melintas jalan pada masa itu.

  2. nana

    macam perempuan gile je..

  3. Traveller

    Simpang ni memang SELALU SANGAT accident. Kg Sireh Kota Bharu. Kalau tgk kat youtube tu, bergantang2 kejadian. Ntah kenapa. ???

Leave a Reply