Cool, Iklan, Inspirasi, kagum, Kreatif, menarik, Video

[VIDEO] Hari Ibu Sudah Lama Berakhir, Tapi Iklan Ini Masih Membuatkan Kami Tersentuh

Hari Ibu adalah pada 14 Mei yang lalu dan sudah hampir sebulan sejak ia disambut oleh seluruh rakyat Malaysia. Dan seperti biasa apabila sesuatu sambutan menghampiri, pasti anda dapat lihat di YouTube banyak video yang berkenaan dengan sambutan tersebut.

Tidak lupa juga buat MAXIS yang mengeluarkan iklan sempena sambutan Hari Ibu 2017 yang lalu masih lagi menghantui kami dengan mesej yang mendalam.

Untuk tahun ini, MAXIS membuat iklan Hari Ibu berkonsepkan sci-fi, menjurus kepada tema masa hadapan. Dalam video ini, seorang gadis dilihat dalam keadaan sedih walaupun dikelilingi dengan teknologi yang banyak membantu beliau dalam aktiviti harian.

Tetapi tidak kira betapa tinggi sekalipun teknologi yang ada dalam dunia, tidak dapat menggantikan sifat intuitif seorang ibu terhadap anak.

Hanya seorang ibu yang mampu memahami anaknya. Tiada teknologi yang dapat menggantikan seorang ibu.

Jadi kami menyeru agar orang ramai sentiasa mengingati ibu bapa ke atas jasa dan pengorbanan mereka untuk menjaga, mendidik dan membesarkan kita sehingga menjadi insan yang lebih sempurna.

Leave a Reply