Info Semasa, Jenayah, kagum, Kejam, Macam-Macam, Manusia, Video, Viral

[VIDEO] Hukum Tembak Sampai Mati Di Yaman Di Hadapan Khalayak Ramai

Seorang lelaki di Yaman, Mohammed Saad Mujahid al-Maghrabi, 41 tahun, diberi hukuman tembak mati selepas didapati bersalah kerana merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun baru-baru ini.

Suspek kes rogol dan bunuh ini ditembak mati secara terbuka menggunakan senapang AK47 di Sana’a, ibu kota Yaman di hadapan khalayak ramai. Pesalah dibawa ke tempat awam menggunakan sebuah van perisau dan diberi hukuman tembak sampai mati di hadapan beribu-ribu orang awam.

Rakaman di bawah ini menunjukkan Saad dalam keadaan tertiarap di atas tanah dengan kedua-dua tangannya diikat lalu ditembak sehingga mati dari belakang oleh seorang askar.

Hukuman ini ditetapkan oleh Mahkamah Houthi di bawah undang-undang Syariah di mana pesalah akan dihukum mati, namun keluarga mangsa diberi peluang untuk mengurangkan hukuman terhadap pesalah atau dimansuhkan terus.

Hukuman ini biasanya dijalankan dengan memancung pesalah. Namun, ini pertama kali hukuman menggunakan senapang diadakan dan disiarkan di siaran televisyen secara terbuka.

Orang ramai turut dilihat merakam kejadian tersebut. Saad diberikan hukuman tersebut di atas kesalahan merogol dan membunuh Rana al-Matan, 3 tahun, pada 25 Jun yang lalu.

Leave a Reply