Cool, Iklan, Inspirasi, kagum, Kreatif, menarik, Video, Viral

[VIDEO] Iklan Celcom Yang Mengingatkan Kita Tentang Pesanan #MakKata Yang Penuh Bermakna

Ibu merupakan insan yang paling rapat dengan setiap orang anak. Dari kecil hingga ke besar, seorang anak memerlukan ibu yang memberikannya kasih sayang dan penjagaan yang rapi demi memastikan seorang anak itu membesar dengan sempurna sifat dan akalnya.

Mesej #MakKata ini mengingatkan kita tentang jasa dan pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak. Demi menghormati, menyanjungi dan penerapan kasih sayang terhadap seorang ibu, Celcom menghasilkan satu video yang membuatkan kita terkenang segala jasa seorang ibu. Maklumlah, syurga di bawah telapak kaki ibu.

Iklan yang berjudul #LettersFromMak ini menceritakan 3 orang adik-beradik yang terjumpa satu sampul surat yang ditulis oleh ibu mereka yang menurunkan resipi memasak turun-temurun. Dalam video tersebut, diselitkan dalam sedang memasak pun, mesti selalu ingat pesanan mak dalam menghasilkan satu masakan yang sempurna.

Melalui kempen #MakKata yang dihasilkan oleh Celcom ini, syarikat tersebut menjanjikan yang dengan lebih ramai orang menonton iklan ini, lebih banyak sumbangan akan diberikan kepada yayasan & pertubuhan yang memerlukan.

Marilah sama-sama kita membantu Celcom dalam mencapai hasrat mereka yang begitu mulia ini. Hanya mengambil masa beberapa minit untuk menonton iklan ini yang turut memberikan kita mesej yang mendalam dalam mengingati seorang insan bergelar ibu.

Anda juga boleh melihat antara pesanan-pesanan #MakKata melalui laman web Celcom di sini.

Comments 1

  1. fauzi

    tak faham, mak dia pegi mana? kenapa plak klu ikut plan nak balik masa hari raya pertama? mak di kerja kt pelantar minyak ke? Tak sampaiiiii la feel dia. apapun Celcom mmg choi. Coverage selalu dropped. Pki 8 tahun pun xdpt apa. #tukar

Leave a Reply