Info Semasa

(Video) : Insiden Cubaan Ceroboh Kokpit Pesawat MH128 Viral, Individu Ditahan Pasukan Keselamatan Australia.

Tengah malam semalam negara digemparkan dengan kejadian di mana pesawat Malaysia Airlines MH128 dilaporkan terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas seorang penumpang cuba memasuki kokpit.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.11 malam (kira-kira 9 malam waktu Malaysia), pesawat dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, bagaimanapun pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Tullamarine, Melbourne kira-kira 30 minit selepas.

Lelaki berkenaan telah berjaya ditangkap serta ditenangkan oleh anak kapal dan orang ramai.

Hari ini rakaman video suasana dalam pesawat ketika lelaki berkenaan diberkas oleh pihak berkuasa Australia lengkap bersenjata telah menjadi tular di laman sosial.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Aziz Ab Kaprawi juga menafikan pesawat MH128 berkenaan cuba dirampas, menurut beliau ia hanyalah tindakan seorang penumpang mabuk yang cuba memasuki ruang kokpit pesawat.

“Ia bukan rampasan pesawat. Seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat, penumpang itu yang juga warga Sri Lanka, mendakwa mempunyai bom. Ia bukan bom tetapi powerbank,” jelas beliau.

Sumber Video : Aizley Shahar

Leave a Reply