Viral

(Video) : Kanak-Kanak Buat Perangai Ditempat Awam, Adab Anak Gagal Dijaga Dengan Baik?

“Tolong jaga adab anak anda ddekat public, jangan sampai menyusahkan orang lain,”.

Demikian teguran seorang pengguna Facebook bernama Doraeloq semalam mengenai tindakan seorang kanak-kanak berlakuan biadab terhadap dua penumpang wanita di sebuah bas eskpress.

Video dimuat naik Doraeloq berdurasi 45 saat itu menunjukkan kanak-kanak lelaki berkenaan berdiri dan menghadap dua penumpang wanita muda di belakangnya serta cuba menarik langsir di belakang.

Bagaimanapun, penumpang berkenaan menghalangnya berbuat demikian menyebabkan kanak-kanak terbabit mula meludah mereka sebanyak 14 kali.

Kedua-dua wanita itu kemudian cuba melindungi diri menggunakan langsir dan tangan daripada terkena air ludah kanak-kanak terbabit sebelum salah seorangnya cuba memaklumkan kepada individu yang duduk di sebelah kanak-kanak itu dipercayai ibu bapanya, menegur perbuatan anaknya.

“Ini kalau kena dekat aku, memang aku tampar mulut budak ini, dengan mak-mak dia aku tampar sekali. Eh bodoh, kalau tak tahu macam mana nak jaga anak, tak payah buat anak. Ini sah jenis buat anak sebab tak tahan kawan-kawan selalu upload gambar dah ada anak. Itu yang dia pun buat anak juga. Last-last anak jadi biada, sebab dapat mak bapak jenis tak bagi perhatian langsung,” tulis Doraeloq di Facebooknya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat bahawa memang biasa budak-budak berperangai seperti itu tetapi tidak wajar dilempang kerana budak itu adalah anak orang lain.

Sebaliknya, netizen bernama Ieeja Pinky menyarankan dua penumpang wanita itu sepatutnya mengadu pada ibu kanak-kanak berkenaan.

“Kita tiada hak nak tampar anak orang. Dalam video ini, kakak dua orang itu penyabar kot, sebab itu dia tak marah, dia senyum sahaja. Korang marah budak-budak macam korang tak pernah jadi budak.

“Masing-masing masa budak ada perangai tak senonoh masing-masing. Lainlah yang dah besar buat macam itu, memang patut kita tampar mulut dia sampai berdarah. Maaf, saya suka dan sayang budak-budak,” katanya.

Bagi Pejal Ibrahim pula, “Jangan salahkan budak itu. Salahkan orang tua dia. Kau nak tampar dan sepak budak itu buat apa? Budak bawah umur 6 tahun, apa dia tahu? Dia tahu nak bermain saja.

“Pesan pada ibu bapa dia. Kalau tak dengar, maknanya parentnya yang bermasalah. Itu saja,” katanya.

Sumber : Doraeloq

Comments 2

  1. Anonymous

    Maaf yer … hanya pendapat … bukannya tak diajar … mungkin telah dilarang tapi still buat lagi. Mungkin belajar dari rakan2 . Saya ada anak yang suka meludah ni. Masa tur umur 3 tahun … bila marah jer ludah kat orang. Dah marah .. dah cubit mulur .. dah tampar mulut … tapi still buat juga. Kesabaran tu kadang2 habis had dah. Lama2 akhirnya perbuatan meludah tur hilang sendiri. Tapi mak bapak kenalah ajar jugak .. jangan biar kanak2 buat macam tur.

  2. massa

    minta maaf ya….. . kalau kita ajar dengan cara yang betul pada budak2 ni, mereka akan taat pada kita, bahasa, perangai tidak tanduk pun bagus . adalah perkara mustahil yang pandai meludah tu dia yang buat2 sendiri kalau dia tak pernah tengok orang lain buat macam tu. saya tak salahkan budak tapi yang saya salahkan adalah emak/bapa mereka. sepatutnya diajar dengan cara yang sopan, hormat orang lain. tak kiralah yang muda kah apa tah lagi yang lebih tua dari dia. memang budak ni tak pernah diajar untuk respect orang lain.

Leave a Reply