Cool, Info Semasa, Kreatif, menarik, Video, Viral

[VIDEO] Lagu Versi Arab Remix ‘Despacito’ Yang Menentang Konsep Keluarga Pengantin Perempuan Meminta Hantaran Melampau-lampau

Pemuzik dari Oman, Mohamed al-Mungi dan Muhannad al-Adwani, yang lebih dikenali sebagai Hanood, telah mengeluarkan satu lagu versi remix ke atas lagu popular oleh Luis Fonsi dan Daddy Yankee, Despacito, yang dikatakan mempunyai kandungan lirik yan seksual.

Dalam lagu versi remix keluaran Hanood ini, mereka memberikan rombakan lirik yang memberikan mesej yang mendalam dan telah membuka mata ramai pendengar dari komuniti Islam dari seluruh dunia.

Dengan macam-macam jenis cover, parody dan juga versi terjemahan dikeluarkan, lagu Despacito menguasai media sosial buat masa sekarang.

Kini lagu Despacito versi bahasa Arab yang dikeluarkan oleh Hanood ini mendapat perhatian netizen kerana mesej yang berbeza dan sangat mulia.

Dalam lagu versi Arab ini, ianya adalah sangat catchy seperti lagu asal, tetapi penanyinya sebenarnya sedang merungut tentang mas kahwin dan hantaran yang tinggi yang diminta-minta oleh keluarga wanita di Oman.

Mesej yang cuba disampaikan dalam lagu itu adalah untuk menyeru generasi tua untuk tidak memaksa orang muda untuk mengejar harta dunia semata-mata dan membenarkan perkahwinan yang mudah dan mengikut ajaran Islam.

Mungkin susah untuk terjemah satu persatu lagu tersebut. Dalam Youtube juga tidak dapat untuk terjemah setiap perkataan yang disebut.

Namun begitu, anda boleh cuba dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa Melayu untuk mendapatkan sedikit maksud yang disampaikan dalam video tersebut.

Ramai netizen yang bersetuju ke atas mesej yang disampaikan lagu tersebut dan menggesa ibu bapa untuk lebih merendahkan diri dan mengurangkan permintaan mas kahwin dan hantaran.

Ramai juga hos televisyen turut tampil dan berkongsi video tersebut dan memuji pencipta lagu tersebut kerana menyampaikan mesej yang mendalam.

Mengikut undang-undang Syariah Islam, pihak lelaki perlu membayar hantaran dan mas kahwin sebagai hadiah kepada pengantin wanita; tetapi tidak ditetapkan nilainya atau dalam bentuk matawang semata-mata.

Malahan, dalam Islam, kita digalakkan untuk membuat majlis perkahwinan yang mudah dan simbolik. Tidak menyusahkan kedua-dua pihak pengantin.

Leave a Reply