Viral

(Video) : Menetap 9 Tahun Di Korea Selatan, Jejaka Kelantan Ini “Promote” Malaysia Guna Bahasa Korea. Kagum!

Jika di Malaysia, kita boleh lihat mat saleh pandai berbahasa Terengganu. 7 tahun menetap di Malaysia, siapa sangka Mat Dan, jejaka berasal dari London, sangat fasih berbahasa Terenganu.

Namun tak kurang hebatnya seorang rakyat Malaysia yang baru-baru telah muncul di dalam program terkemuka Korea.

Beliau tampil dalam rancangan Abnormal Summit, Muhamad Khalid, 29 tahun dari Kelantan menjadi tetamu jemputan istimewa untuk kongsikan perkara menarik tentang Malaysia.

Khalid sebenarnya sudah menetap di Korea Selatan selama 9 tahun. Menurutnya, dia ke Korea untuk melanjutkan pengajian dan terus bekerja disana.

Apa yang pasti, memang kagum sangat melihat Khalid fasih bercakap dalam bahasa Korea.

Leave a Reply