Automotive, Cool, Kreatif, menarik

[VIDEO] Mesin Penjual Kereta Mewah Terbesar Di Dunia – Sangat Unik Di Singapura

Bilik pameran futuristik 15 tingkat di Singapura ini digelar ‘mesin penjual kereta mewah terbesar dunia’ dan telah dibuka untuk menawarkan pelanggannya kereta-kereta mewah sehingga nilai berjuta-juta dolar Singapura (SGD) termasuklah Ferrari, Bentley, Lamborghini, Porsche dan juga kereta-kereta klasik dan vintaj.

Kemudahan yang dibina oleh peniaga kereta terpakai, Autobahn Motors (ABM) ini menggunakan sistem ‘tulang-ikan’ yang mampu mengurangkan rintangan anjin. Kira-kira lebih kurang 60 kereta mewah dipamerkan di bilik pameran ini di mana setiap tingkat mempunyai 4 kolum untuk meletakkan kereta.

Ianya turut dihiasi dengan lampu terang bagi memberikan impak yang nampak lebih mewah dan berstatus taraf tinggi bagi setiap mata yang melihat ketika melalui bangunan tersebut.

Dikatakan mereka yang mengunjungi bilik pameran ini diberikan layanan istimewa di mana pelanggan-pelanggan akan dibawa masuk ke satu galeri mewah yang menempatkan tempat duduk sofa yang sangat selesa. Di situ, pelanggan akan diberikan satu tablet pintar untuk memilih kereta idaman mereka.

Setiap kereta yang terdapat dalam tablet tersebut ada di dalam bangunan yang mempamerkan kereta-kereta mewah tersebut. Menurut ABM, kereta yang dipilih oleh pelanggan akan muncul di depan mata mereka dalam masa 2 minit sahaja selepas pelanggan membuat pilihan.

Ketika pilihan dibuat, lampu-lampu yang menyinari kenderaan itu semua akan dimalapkan dan video promosi bagi kereta yang dipilih akan mula dimainkan. Selepas video itu sudah ditayangkan, lampu studio akan memancar pada kereta yang dipilih oleh pelanggan terebut.

Ianya diletakkan pada satu platform yang berputar untuk dilihat oleh pelanggan secara berdepan sebelum pelanggan boleh menyelesaikan urusan pembelian dengan syarikat tersebut.

Pengurus besar ABM, Gary Hong berkata, bilik pameran futuristik ini dibangunkan untuk memanfaatkan penggunaan ruang yang sempit di negara kecil seperti Singapura. Batasan ruang tidak memaksa syarikat tersebut untuk mendirikan satu bilik pameran berkonsep unik dan menggunakan ruang sebaiknya.

Leave a Reply