Viral

(Video) : Pandu Lawan Arus Di Lebuhraya, Satu Nyawa Tak Berdosa Melayang Dan Empat Cedera

Seorang wanita bertindak memandu melawan arus telah menyebabkan seorang lelaki maut dan lima orang yang lain cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan empat buah kereta, sebuah van kilang dan sebuah motosikal di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Sungai Dua pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan mengenai kejadian kemalangan ini kira-kira jam 7.50 pagi.

“Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Gen2 dipercayai memandu dengan melawan arus dari arah bertentangan iaitu dari Sungai Dua menghala ke Butterworth.”

“Apabila tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu seorang wanita itu kemudiannya dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu mangsa yang berumur lingkungan 26 tahun itu.

“Perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan pada masa sama berlanggar dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki,” katanya.

Pada masa sama, kereta jenis Proton Gen2 itu hilang kawalan dan menyebabkan ianya berpusing dan melanggar dengan dua buah kereta dan sebuah van kilang.

“Mangsa yang memandu Perodua Kelisa tersebut dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli berusia 26 tahun itu mengalami cedera parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurut beliau lagi, mangsa lain yang terlibat mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya.

“Pemandu Gen2 kini masih ditahan dan kini sedang dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

“Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

Comments 1

  1. zeeeeee

    tahulah oku pon..tapi janganlah dok hisap dadah n bwak kete mcm hantu…tkde otakkkk

Leave a Reply