Cool, Kreatif, Lawak, Macam-Macam, Manusia, menarik, Video, Viral

[VIDEO] PDRM Perak Keluarkan Lagi Video Sempena Sambutan Raya 2017!

Polis Perak keluarkan video terbaru sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 pada 16 Jun yang lalu! Kali ini nampak lebih menarik dan sempoi!

Video ini merupakan satu cerita yang menunjukkan seorang kanak-kanak, Harith Haziq, yang kecewa dengan bapanya yang terlalu sibuk bekerja sehingga tidak boleh menyambut hari raya dengan keluarga. Jadi dia menanam impian untuk menjadi seorang polis satu hari nanti untuk mencabar tahap kesibukan yang dialami bapanya itu sendiri. Fast forward 18 tahun kemudian, dia baru sahaja habis dalam satu misi dan ibu bapanya membuat panggilan video untuk pulang beraya bersama keluarga. Malangnya, dia pula terlalu sibuk menjadi seorang polis.

Tidak mengenal masa dan tempat, pihak polis sentiasa bertugas demi menjaga keselamatan negara. Walaupun orang ramai sibuk menyambut hari raya, pihak polis terpaksa bertugas dan terpaksa meninggalkan keluarga demi keamanan negara.

Kami berbangga dengan pihak polis kami dan thumbs up kepada Polis Perak kerana berjaya melakar sedikit senyuman dalam kesedihan tidak dapat menyambut raya bersama keluarga di musim perayaan ini.

Tahun lepas, Polis Perak turut mengeluarkan satu video yang berjudul ‘Nak Raya, Kami Jaga’. Saksikan di bawah ini!

Leave a Reply