Info Semasa, Macam-Macam, Manusia, Tips, Video, Viral

[VIDEO] Rakaman CCTV Curi Duit Di ATM Menggunakan Kombinasi Pin Mudah Diteka

Baru-baru ini tersebar satu rakaman CCTV di satu bank di Cheras yang menunjukkan kelibat dua orang remaja perempuan sedang mengeluarkan wang melalui mesin ATM.

Mereka dikatakan terjumpa satu beg yang di dalamnya mengandungi kad bank dan juga IC mangsa. Apabila tiba di mesin ATM di bank, mereka mencuba kombinasi nombor dari IC mangsa sebagai pin kepada kad bank tersebut.

Nasib mereka sangat baik kerana kombinasi itu berjaya dan mereka mengeluarkan sejumlah wang yang tidak diketahui daripada akaun mangsa.

Kami di sini ingin menyarankan kepada seluruh rakyat Malaysia di luar sana untuk menukar nombor pin kad bank anda kepada yang lebih kompleks untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang menggunakan kombinasi daripada nombor IC sebagai pin keselematan kad bank mereka.

Jangan sampai sudah terhantuk baru nak tergadah.

Comments 2

  1. Yun

    Bole trace ni berdasarkan time,date,akaun pencuri pd masa tersebut…malu weh,.

  2. IpMan

    Crazy fact is… dua2 bertudung…. i cant even…. so, mcm mna prkembangan kes ni? Dapat tgkap?

Leave a Reply