Info Semasa, Seram, Takut, tempat, Tips, Video

[VIDEO] Rakaman CCTV Kereta Terjatuh Dari Bangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat

Baru-baru ini ada satu video rakaman CCTV yang dikeluarkan oleh pihak polis yang menyaksikan sebuah kereta BMW 4 Series yang jatuh dari tingkat tujuh bangunan tempat letak kereta bertingkat di Austin, Texas.

Video yang dikeluarkan di laman web Statesman ini menunjukkan kereta tersebut jatuh ke atas sebuah kereta SUV yang sedang mengundur ke belakang, dan kemudiannya saksi di kawasan sekitar datang untuk menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam kereta tersebut.

Perkara ini berlaku buat kali kedua dalam masa kurang daripada setahun di Littlefield Parking Garage di Austin Texas. Sejak berlakunya kejadian ini, pihak pengurusan bangunan tersebut mengatakan perkara ini tidak pernah berlaku selama 38 tahun yang lalu dan jurutera struktur bangunan turut dilantik untuk mengesahkan bahawa palang penghadang bangunan tersebut adalah selamat untuk pengguna.

Wanita dalam kereta BMW tersebut dihantar ke hospital dengan kecederaan serius namun nyawa beliau terselamat.

Kami di sini ingin selalu mengingatkan orang awam agar selalu berwaspada ketika melalui kawasan bangunan tinggi kerana di Malaysia juga turut banyak berlaku insiden seperti ini. Ada juga kes yang sehingga melibatkan kematian.

Leave a Reply