Ilustrasi, kagum, Macam-Macam, menarik, Misteri, Pelik, Seram, Takut

[VIDEO] Rakaman Dashcam Polis Kejar Kereta Hantu

Rakyat Malaysia boleh dikatakan sangat sinonim dengan kejadian yang melibatkan alam ghaib, hantu atau jelmaan. Lebih-lebih lagi mereka yang beragama Islam di mana kepercayaan kepada perkara ghaib adalah salah satu daripada perkara wajib.

Apabila menyebut perkara ghaib, ianya bermaksud bahawa sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasai pancaindera manusia yang lima kerana ia terlalu jauh atau pancaindera manusia tidak berupaya menjangkauinya.

Hal ini termasuklah jin dan syaitan yang kerjanya mengganggu dan menyesatkan umat manusia. Ada yang ‘bernasib baik’ dapat melihat jelmaan jin dan syaitan ini dengan mata kasar.

Dan mungkin kejadian yang berlaku dalam rakaman dashcam kereta polis di bawah ini membuktikan bahawa ada perkara ghaib yang tidak tercapai akal minda bagaimana ianya berlaku kerana ianya melawan hukum alam.

Dalam video tersebut, dikatakan kereta yang dikejar oleh pihak polis ini dipandu dalam keadaan seperti dirasuk syaitan.

Kelajuan kereta itu juga dikatakan tidak masuk akal kerana pihak polis tidak dapat mengikut rentak kereta tersebut. Dapat dilihat pergerakan kereta tersebut seolah-olah sedang ‘menganjing’ pihak polis.

Namun begitu, perkara ini masih boleh dilakukan oleh manusia biasa. Tetapi bahagian terakhir itu yang tidak masuk akal sama sekali. Anda perlu melihat sendiri rakaman dashcam ini.

Ada juga pihak mengatakan ianya penipuan semata-mata. Tuhan saja yang tahu.

Leave a Reply