Info Semasa, Macam-Macam, Manusia, Seram, Takut, Tips, Video, Viral

[VIDEO] Seorang Kanak-kanak Hampir Digilis Kaki Kerana Terjatuh Dari Kereta Di Thailand

Satu lagi video dari dashcam kereta yang merakamkan detik cemas apabila seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dari sebuah kereta Nissan Almera. Kereta itu bergerak selepas kejadian tersebut dan hampir menggilis kaki kanak-kanak tersebut.

Namun begitu, kanak-kanak tersebut terus bangun dan berlari ke arah kereta Nissan Almera itu seperti tiada apa-apa kecederaan berlaku kepadanya.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada hari Isnin, 7 Ogos yang lalu di daerah Min Buri, Bangkok, Thailand ketika dalam keadaan jalanraya sesak. Pemandu tersebut tidak perasaan bahawa kanak-kanak itu terjatuh dari kereta dan terus memandu.

Namun begitu, orang ramai di sekeliling menghentikan kereta dan membunyikan hon untuk memberikan amaran kepada pemandu kereta Nissan Almera tersebut.

Apabila terperasan perkara itu, kereta tersebut berhenti dan seorang pemandu wanita dilihat berkejar ke arah kanak-kanak tersebut lalu mengangkatnya masuk ke dalam kereta dan terus memandu.

Saksikan sendiri kejadian tersebut yang berlaku dalam video tersebut ketika durasi 2:10. Pemilik video tersebut menerangkan bahawa tarikh dan masa pada dashcam itu adalah tidak tepat kerana tidak dibetulkan.

Kami di sini sekali lagi mengingatkan ibu bapa untuk sentiasa berwaspada terhadap keselamatan anak terutamanya ketika memandu kereta. Gunakan ciri-ciri ‘child lock’ pada pintu kenderaan untuk memastikan pintu kereta tidak dapat dibuka dari dalam oleh anak anda.

Leave a Reply