Haiwan, Info Semasa, Inspirasi, Kejam, Video, Viral

[VIDEO] Seorang Wanita Inggeris Memerangkap Dirinya Dalam Gua Demi Protes Menunggang Gajah Di Langkawi

Hannah Morris merupakan seorang jurugambar wanita Inggeris berumur 30 tahun yang mendapat liputan di Free Malaysia Today pada penghujung Mei yang lalu.

Ini kerana beliau membuat kemputusan untuk memerangkap dirinya dalam sebuah gua untuk memprotes penganiayaan terhadap seekor gajah bernama Lasah di Malaysia yang pernah kami sampaikan sebelum ini di sini.

Beliau memuat naik video tersebut di YouTube untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesengsaraan yang dialami Lasah pada tangan pemiliknya.

Di sini terdapat video yang dimuat naik ke salah satu saluran YouTube beliau, Hanski:

Dalam video yang dimuat naik pada 28 Mei yang lalu, beliau mendokumentasi perjalanannya ke Gua MacKinnon, satu gua di Isle of Mull di Scotland. Gua ini hanya boleh dimasuki ketika air surut dan jika seseorang itu tidak meninggalkan gua itu sebelum air pasang, makan terperangkaplah di dalam gua tersebut sehingga air surut kembali.

Morris terperangkap di dalam gua itu semalaman dan di dalam video itu beliau pertimbangkan terhadap tindakan beliau di situ.

“Saya berfikir, saya tidak terperangkap tanpa kerelaan saya. Saya pilih untuk berada di sini. Ini bukan seperti Lasah; dia tidak pilih untuk diperangkap. Menteri Hidupan Liar, kerajaan Malaysia, saya memohon. Untuk saya dan beribu lagi penyokong… tolong bawa lasah ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary.”

Keputusan drastik ini diambil setelah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengumumkan keputusan muktamad untuk membiarkan Lasah berada di tempatnya sekarang, di Langkawi Elephant Adventures (LEA). Keputusan itu menyebabkan ramai pencinta haiwan di seluruh dunia naik berang.

Leave a Reply