Video-Video Kemalangan Maut di Simpang Ampat Lebuhraya PLUS

Kami sharekan beberapa buah video kemalangan maut di Simpang Ampat Lebuhraya PLUS. Untuk makluman setakat ini sudah 15 orang maut.

Kalau nak baca senarai nama penuh mangsa kemalangan maut ini sila baca artikel ini sepenuhnya. Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka yang beragama Islam.

P.S: Sampai bila kita nak mendengar bencana-bencana sebegini? Someone have to do something. Please lah takkan nak tunggu tragedi nie berulang lagi. Dah berapa puluh kali dah eksiden maut melibatkan bas terjadi. Still benda sama jugak yang berulang. Please do something.

Mangsa tersebut ialah pemandu bas ekspres R. Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;

Penumpang bas ekspres Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim;

Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas;

Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar;

Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana;

Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga di sini.

Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah Pau Khan Tual, 21;

Kam Khaw Tual, 28;

dan Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan).

Pemandu van Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat,

Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57,

dan Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki).


Tags: , ,
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 responses to Video-Video Kemalangan Maut di Simpang Ampat Lebuhraya PLUS

  1. ProfHariz says:

    Al-Fatihah…. Semoga roh mereka dikalangan orang2 beriman

  2. SyurgaCintaMu says:

    Al-Fatihah…..smg roh dicucuri rahmat..mg kt yg msih hdp sempat bertaubat & diterima sgl amalan…

  3. Eliana says:

    Maha hebat dugaan Mu ya Allah. semoga roh dicucuri rahmat. Al Fatihah,

  4. hamba allah says:

    malaysian government shld do something bout this highway. kalau dah mcm gini tak wakeup call gak tak tau apa nak ckp. dah byk nyawa terkorban.. bukak mata dan lihat.. speed lagi bwk mcm kuda giler entah apa dikejarkan pon tak tau. pi sepang kalau nak race.. lagi2 org2 kaya bawak kereta besar mcm bapak dia punya road..

  5. [...] P.S: Kalau rasa kuat semangat sila tonton video-video kemalangan maut di Simpang Ampat Lebuhraya PLUS. [...]

  6. meen says:

    takziahh kami ucpkan…al fatihah…..bg pihak terbabit atau pemandu bas sila la bwak bas ati2…nyawa smoa amat berharga..klo yg terbabit pemandu bas xpa..tpi smoa terlibat….bhaya bas sekarg…..

  7. magdalini suri says:

    al fatihah..semoga roh dicucuri rahmat..amin..

  8. budi says:

    tak boleh ke kalau sediakan ambulance udara..? sediakan helikopter kecemasaan utk kes2 kat highway mcm ni..?tak dapat bayang mangsa2 yg menahan kesakitan..nk tuggu van ambulan sampai cepat agak sukar sbb highway.. + jem dgn berpuluh2 kenderaan…

    Al-fatihah utk mangsa yg beragama Islam.
    Takziah pada semua keluarga mangsa..

  9. mas says:

    apa fungsi guard rail…. cek semula design….
    selaju2 mana pun kenderaan… guard rail berfungsi untuk mengelak kenderaan dari terkeluar dari track…

  10. casper says:

    Al-Fatihah utk sume mangsa….dah tertulis mangsa meninggal mcm ni….xleh nk salahkan saper2 dh TAKDIR dorang sume….

  11. nastradamus says:

    Al-Fatihah buat mereka yang terkorban dan ucapan takziah buat keluarga mangsa..

    Kepada pengusaha bas ekspress, harap dapat lakukan sesuatu bagi mengelakkan kemalangan seperti ini berlaku lagi..bayarlah gaji driver bas tu secara tetap bukan mengikut bilangan trip yang mereka dapat buat..

    Kepada pihak kerajaan, JPJ terutamanya, sila lakukan sesuatu dari segi perlesenan ataupun dari segi ujian memandu yang patut dijalani oleh pemandu-pemandu bas yang ada..ini bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan bas ekspress di Malaysia..

    Kemalangan bas ekspress yang paling teruk selepas kemalangan bas ekspress di Perak baru-baru ini..dalam masa setahun, ada 2 kemalangan maut yang melibatkan bas ekspress..ketatkan undang-undang supaya perkara seperti ini dapat dielakkan..na’uzubillah…

    Wallahua’lam..

  12. Anonymous says:

    ya Allah semoga kao ampunkanlah dosa2 mangsa2 ini.AL-FATIHAH & TAKZIAH buat keluarga yg terlibat..

  13. miss_pinky says:

    ereang bulu roma tgk video ni..
    yallah..
    al-fatihah..

  14. lillic says:

    takziah kepada keluarga mangsa yg terkorban..
    al fatihah

  15. anabobo says:

    nak menitis air mata aku tgk.. dorg xslh pape pon.. tgk2 da xda kat muka bumi ni lgi.. tp adil, pmndu turut meninggal. klu x, rmai xpuas hati.. AL FATIHAH .. moga roh mereka ditempat orang yang dikasihi Allah S.W.T

  16. DaLiLa says:

    menangis aku tgk video ni…tarikh keramat yg mmg xkan lupa….do something…jgn masa ops sikap je buat operasi kemalangan masa lain pn perlu..ntah la..aku skrang takut nak nek bus…tp tula…malang xberbau

  17. cutecreature says:

    Setuju sangat dengan cadangan Budi. Patut ada heli yang datang membantu.

  18. kuronofu says:

    Suruh naik bas utk jimatkan duit dan kurangkan pencemaran alam….tapi bila ikut seruan kerajaan cmtu, jd macam ni plak….

  19. ratu sang says:

    sya setuju kalo bomba dan ambulan ada heli… lebh cpt mangsa yg terselamt dpt bantuankan…
    sya memang takut naik bass dari kecik lagi…. lagi jadi camnie lagi takut nak naik bass….
    al-fatihah utk magsa beragama islam

  20. PELUMBA MOTO GP says:

    Dgn harapan komen saya ini ada baiknya. Bila dah berlaku kemalangan sebegini semua org akan bercerita itu dan ini. Pada pendapat saya belakunya kemalangan ini dri punca BAS DELIMA yg dipandu laju oleh pemandunya. Sya juga seorg penguna yang kerap mengunakan Lebuh Raya. Boleh dikatakan setiap kali berada dilebuh raya sya dapati semua BAS Penumpang yg saya temui DIPANDU laju oleh PEMANDUNYA.
    Dan sya juga dapati AMAT JARANG sekli Mereka PEMANDU2 BAS ini DIAMBIL SEBERANGAN TINDAKAN OLEH PEHAK BERKUASA (JPJ). Kenapa JABATAN tersebut tidak MENGAMBIL SEBARANG LANGKAH pencegahan seperti mebuat rondaan dan menahan utk DIAMBIL TINDAKAN terhadap PEMANDU2 BAS PENUMPANG TERSEBUT? DIMANAKAH PERGINYA PENGUATKUASA2 yg selama ini dipilih dan diambil berkerja untuk JABATAN itu? Bila rakyat memperkatankan mereka DIRAHSUAH mereka melenting.
    TAPI DIMANA KAH MEREKA untuk mengelakan berlakunya kemalangan seperti ini berlaku??????? ADAKAH MEREKA SEMUANYA BERKERJA diwaktu office hours saja? ADA KAH MEREKA BERKERAJA DGN MEMANTAU DARI PEJABAT2 MEREKA SAHAJA?
    Bila dah berlaku bru nak buat. Itu pun say rasa cuma untuk seketika sahaja. Jadi JABATAN yg dipertanggungjawapkan haruslah BUKA MATA MEMANTAU PERGERAKAAN DAN KELAJUAN BAS2 PENUMPANG DILEBOH RAYA SETIAP HARI.
    Jadi renong2kanlah…Selamat Beramal

  21. NazLeyz84 says:

    kata-kata hikmah!!!!

    hidup itu pasti, mati itu pasti
    dunia itu pasti, syurga dan neraka itu juga pasti
    yang mati sudah pergi, yang hidup muhasabah lah diri
    semoga bertemu kebenaran yang hakiki
    dan tidak menyesal di kemudian hari
    di kala dunia dan seluruh isi nya tidak berguna lagi

    reung2 kanlah dan selamat beramal!!!

  22. JER AIRZ says:

    saya sokong kata pelumba moto gp……saya pon selalu menggunakan highway PLUS. walaupon tidak terlalu jauh dr simpang renggam ke johor bahru sahaja.. tetapi sering melihat kenderaan terutama bas dan lori memandu melebihi had kelajuan sepatutnye….120km/j pon saya xleh kejar..SO BERAPAKAH KELAJUAN BAS DAN LORI TERSEBUT..???? `MEREKA` sibuk menahan kereta2 yg melebihi had laju, tp jarang kita lihat menahan bas kerana melebihi had laju…sedangkn majoriti mereka memandu laju..DI MANAKAH `MEREKA` MENJALANKAN TUGAS?? DAH MACAM NI BR NAK KECOH…….CAKAP BANYAK TAK GUNA…..INGAT, PIKIR………………..LAKSANAKAN…

  23. Badrulhisham says:

    salam..mmg klau nk dicerita kn smua knderaan di high way trlalu laju..sy mmg kerap mgunakn lbuh raya plus.nilai-mlka..melihat kernah pnguna jln raya trp.k juga kmana arah tju mreka shngakn knderaan yg dipndu mlbhi thap klajuan…utk ape?rnungkn lah ape yg tlah trjadi..xguna mnyalahkn sesiapa..dh brlaku..xguna utk brkata lg..mga roh yg bragama islam dicucuri rahmat..takziah buat kluarga mangsa.. AL-FATIHAH..

  24. incognito says:

    orang kaya2 bawak keta laju2 pasal dorang tau keta dorang body solid molid kalau accident pun takde la remuk macam tin sardin…
    yang aku musykil tuh, kenapala ada lelaki yang bawak keta laju2 dan merbahaya yang sarat dengan family dia kat dalam keta tuh, siap dengan bebudak kecik duk kat belakang, yang bestnyer siap bukak lagi tingkap keta belakang, kekononnyer syok la bebudak tuh punyer muka kena dengan angin tuh…
    sedarla diri tuh sikit…accident nanti satu family awak gak yang kena, kalau awak sorang jer takpe:P
    kurang sikit bilangan manusia bengap kat dunia ni

  25. FIROS 4EVER says:

    As-Salam WBT….Memg sedih sy tgok vedio ni.Sy rs kejadian dh b’laku xleh nk slhkan sesiapa.Gpun, malang xberbau, klu dh di takdirkn kita nk meninggal dgn cara camtu, tetap akn jd….Xkira la sape bw pun n kenderaan pepun namun, sikap pemandu juga perlulah peka, pandulah dgn mengikut KM/J..jgn ikut nafsu.Pepun, biarlah Allah SWT yg nilaikan kerna DIA LBIH MENGETAHUI.Pd Yg Tiada di sedekahkah Al-Fatihah & Takziah & kita yg hidup truskan lakukan amalan2 yg di tuntut oleh Allah SWT…INGTLH,
    hidup itu pasti, mati itu pasti
    dunia itu pasti, syurga dan neraka itu juga pasti
    yang mati sudah pergi, yang hidup muhasabah lah diri
    semoga bertemu kebenaran yang hakiki
    dan tidak menyesal di kemudian hari
    di kala dunia dan seluruh isi nya tidak berguna lagi
    Al-Fatihah & wallahua’lam.

  26. Anonymous says:

    assalamualaikumm… buat semua…
    x perlulah kita smua menuding jari pada sesiapa…Tuhan MahaMengetahui..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Marilah kita semua… memohon ,Pd Yg Tiada di sedekahkah Al-Fatihah & Takziah & kita yg hidup truskan lakukan amalan2 yg di tuntut oleh Allah SWT…INGTLH,
    Semua telah ditakdirkan dan tersurat.

  27. esparanza says:

    sgt sedih mengenangkan nasib slh seorg mgsa kemalangan, arwah norazmi yg meninggal otw menghadiri majlis konvo upsi. xsempat nk konvo :’(

  28. medical line says:

    kalau dulu ada tragedi kemalangan bus ekspres yang meragut nyawa,ingatkan dah tak ada lagi berlaku.tapi kali nei ada lagi…sedih dan simpati sgt kepada ahli keluarga yang terkorban.apa lah salah dioerang disebabkan kesilapan pemandu bus,dioerang pun terlibat.paling sedih seorang remaja lelaki yang memandu motosikal tepi jalan pun terlibat sama,meninggal di tempat kejadian.Kalau dilihat secara rawak,yang terkorban semuanya muda lagi.AL-Fatihah.

  29. Anonymous says:

    sy sokong sgt kate pelumba moto gp tu… mmg btol pon… bus express mmg laju sgt2… sy pernah naek bus delima tu smpaikan sy da kenal driver yg mati tu.. daripada prjalanan mkn mase 2 jam dari kl melaka.. sy naek delima hanya 1 jam stgh shaja.. betapa lajunya bus trbabit…

  30. [...] P.S: Kalau rasa kuat semangat sila tonton video-video kemalangan maut di Simpang Ampat Lebuhraya PLUS. [...]

  31. Roy says:

    Kalau saya bawak kereta selaju 110km/j tetapi sebuah bas express mampu memotong kenderaan saya ketika itu dan menghilang dalam beberapa saat sahaja dari pandangan saya maka tuan-tuan agak berapa kelajuan dia?…. Ataupun di kawasan hiway Plus di sebelah selatan terutamanya di kawasan senawang,seremban dan nilai, bas-bas ini suka memotong di sebelah kiri. Ini amat bahaya kerana ia boleh menjadi punca kemalangan yang berbau. Kemalangan memang tidak berbau tetapi kita boleh bau punca-punca kemalangan sebelum ianya terjadi. Sekian…Al-Fatihah buat mangsa kemalangan…..

  32. sejak akhir2 ni memang tak berani la nak naik bas dah.. lagi prefer naik kereta api.. lebih rasa secured… pemandu bas ni kadang2 ikutkan perasaan nak cepat sampai.. bawak bas macam merempit… huh~

  33. PELUMBA MOTO GP says:

    Salam sejahtera…..Sepengatahuan saya kelajuan sesebuah BAS PENUMPANG TIDAK DIBENARKAN kelajuannya melebehi dri 90 km sejam. Tetapi klu kita lihat boleh dikatak semua Bas2 Penumpang dilebuh raya berkelajuan lebih dari 110 km sejam. Jadi ….Wahai PENGUATKUASA2 JPJ bukalah mata sebesar2nya yang dikurnian Tuhan. Buatlah operasi2 disemua lebuhraya2. Jika tak dapat melakukan setiap hari cuba lah dihujung2 minggu dri JUMAAT hingga ke AHAD dimana diwaktu itulah para pengguna pengankutan awam ramai menggunakan perhidmatan BAS2 PENUMPANG.
    Kami semua RAKYAT MALAYSIA juga menyeru agar bukan sekadar OPERASI kosong sahaja TETAPI BERSERTAKAN SAMAN DIKELUARKAN kepada mereka dgn tampa budi bicara.

  34. sniper says:

    taziah wat keluarga mngsa dan al fatihah m0ga r0h mereka yg meninggal d cucuri rahmat..dh xtau nk ckp pe..c0z 0rg yg aq kenal n sayangi terlibt gak dlm kemalangan ne..azizi.

Leave a Comment