Cool, Info Semasa, Inspirasi, Manusia, menarik, Video, Viral

[VIDEO] Vin Diesel Diinspirasi Oleh Konsep Mulia Ramadan

Bulan yang mulia Ramadan ini bukanlah mulia kepada umat Islam semata-mata tetapi ianya turut dipandang tinggi oleh penganut agama lain.

Dalam satu video baru-baru ini, pelakon Fast and Furious, Vin Diesel, meluahkan perasaannya terhadap bulan mulia Ramadan.

Dalam video tersebut, Vin Diesel mengatakan, “konsep Ramadan adalah sangat kuat. Mungkin ianya baik untuk sesiapa sahaja yang cukup berdisiplin untuk bertahan dan ianya memberikan penambahbaikan rohani dan jasmani.”

? with my brother @vindiesel 1st day of Ramadan ???

A post shared by French Montana (@frenchmontana) on

Vin Diesel muncul dalam video tersebut bersama Karim Kharbouch, atau nama pentas beliau, French Montana.

Diesel dikatakan berbangga dengan ‘bro’ dia ini kerana akan berpuasa di bulan Ramadan, dan Diesel turut menambah yang dia mungkin ‘akan terpengaruh juga’.

Sementara itu, French Montana mengatakan dalam video tersebut yang dia cuba untuk memujuk Vin Diesel untuk bersama-sama dengan dia membuat ibadah berpuasa dalam bulan Ramadan ini.

Leave a Reply