Info Semasa, Kejam, Macam-Macam, Manusia, Pelik, Video, Viral

[VIDEO] Viral Rakaman Seorang Wanita Buat Tidak Tahu Ketika Seorang Kanak-Kanak Digelek Kereta Di China

Kalau sebut tentang kemalangan di China, pasti ramai yang sudah lali dengan perangai orang sana yang buat tidak tahu sahaja tentang perkara yang berlaku di sekeliling. Ibaratkan manusia yang kejam tidak berperikemanusiaan.

Satu video viral yang menyeramkan menunjukkan seorang kanak-kanak sedang duduk bercangkung di atas jalan raya untuk bermain sebelum dilanggar oleh sebuah kereta sementara seorang wanita yang berdiri di sebelahnya hanya melihat dan tidak melakukan apa-apa.

Dalam klip video tersebut, wanita tersebut berdiri dengan jarak hanya beberapa kaki daripada kejadian tersebut dan nampak dengan jelasnya bahawa dia perasan perkara buruk itu akan berlaku. Kelakuannya menunjukkan wanita tersebut perasan kanak-kanak tersebut di hadapan kereta itu ketika kereta itu sedang memandu ke arah kanak-kanak tersebut.

Wanita itu tidak memberikan apa-apa amaran, malah setelah kanak-kanak itu digelek oleh kereta tersebut, wanita itu hanya duduk terpaku tanpa rasa bersalah atau belas kasihan untuk melihat keadaan kanak-kanak tersebut.

Namun begitu, pemandu kereta tersebut terus berhenti selepas menggelek kanak-kanak tersebut dan terus menghantarnya ke hospital di mana pihak hospital mengatakan kanak-kanak itu hanya luka dan cedera ringan sahaja.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut mengkritik kelakuan wanita tersebut kerana tidak melakukan apa-apa sedangkan dia mampu untuk menghentikan perkara buruk itu daripada berlaku.

Tetapi, insiden tersebut turut boleh dielakkan jika ibunya sentiasa berwaspada terhadap aktiviti anaknya.

Jadi, siapa yang salah sebenarnya?

Leave a Reply