Macam-Macam, Manusia, Video, Viral

[VIDEO] Wanita Mati Terjatuh Kerana Terlalu Leka Bermain Telefon Bimbit

Baru-baru ini berlaku satu lagi kejadian yang patut menjadi pengajaran kepada kita semua yang menggunakan telefon pintar.

Seorang wanita telah mati terjatuh tangga akibat terlalu leka bermain dengan telefon bimbitnya. Kejadian itu dirakamkan melalui CCTV di Suzhou, daerah Anhui, China.

Insiden tragis ini dikatakan berlaku akibat wanita tersebut terlalu leka dengan telefon bimbitnya dan tidak memerhatikan keadaan sekeliling.

Wanita itu dikatakan tersilap langkah lalu terjatuh dan tersembab di atas permukaan jalan yang keras.

Menurut Shanghaiist, wanita tersebut hilang sedar akibat cedera parah di kepala dan mukanya. Dia dikejarkan ke hospital tetapi mati pada keesokan harinya.

Seorang saksi mengatakan wanita itu dalam lingkugan 20-an.

Kami di sini ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika menggunakan telefon bimbit ketika di tempat awam.

Semakin banyak kejadian seperti ini berlaku di seluruh dunia sehingga menyebabkan kematian. Ada juga kes yang berlaku di China sebelum ini yang menyaksikan rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita lingkungan 20-an mati digilis lori kerana terlalu leka dengan telefon bimbit ketika menyeberangi jalan.

Leave a Reply