Jenayah, Kejam, Lawak, Macam-Macam, Manusia, Pelik

[VIDEO] Wanita Tuang Pepsi Dalam 2 ATM Untuk Keluarkan Wang, Tapi Tiada Hasil

Tidak berpuas hati dengan merompak wang mangsanya, beberapa penipu panggilan palsu membuat keputusan untuk menambah penghinaan kepada wanita ini.

November tahun lalu, seorang wanita berumur 33 tahun di Chongqing City di daerah Guangxi, China dihubungi oleh seseorang dan memberitahu maklumat peribadi beliau telah dikompromi. Jadi, jumlah wang sebanyak 1,300 yuan (RM815) dalam bentuk bil telefon telah dibayar menggunakan namanya.

Penipu itu turut memberikan nasihat kepada wanita itu untuk mengambil semua duitnya dan letakkan dalam satu akaun yang selamat. Dengan membuat ini, ianya akan mengelakkan maklumat beliau dimasuki oleh sesiapa yang telah mencuri identitinya. Wanita tersebut meletakkan sejumlah 5,300 yuan (RM3,325) ke dalam satu akaun khas.

Walau bagaimanapun, pada hari seterusnya, wanita tersebut merasakan syak terhadap perkara itu, jadi beliau menelefon semula kepada pemanggil palsu itu. Beliau memberitahu penipu tersebut yang dia tidak selesa dengan pengaturan itu dan berhasrat untuk mengeluarkan duitnya.

Penipu tersebut memberitahunya untuk ‘menuang air kola ke dalam ATM’ dan mesin itu akan mengembalikan wangnya.

Dengan buta tuli wanita tersebut berpegang kepada arahan penipu tersebut lalu membeli sebotol Pepsi dan pergi ke mesin ATM. Dia menggunakan mesin deposit bukan untuk meletak wang, tetapi menuang masuk Pepsi tersebut ke dalam lubang mesin deposit itu.

Walau bagaimanapun, tiada wang keluar, jadi beliau membuat keputusan untuk ke cawangan lain dan mencuba lagi. Cubaan kedua itu juga gagal tetapi kali ini orang ramai menyedari yang mesin CDM tersebut tidak berfungsi dan mempunyai kesan melekit lalu memberitahu pihak polis.

Walaupun bukti dalam video ada, hanya 6 Mei yang lalu wanita itu ditahan dengan kesalahan vandalisma yang menyebabkan kerugian sebanyak 60,000 yuan (RM37,644) ke atas mesin tersebut. Setelah mendapat tahu bahawa wanita itu merupakan mangsa penipuan, pihak bank memutuskan untuk tidak mendakwa sehingga siasatan penuh dijalankan.

Demi mempertahankan wanita tersebut, seorang bayi kecil dilihat bersamanya dalam video tersebut. Sebagai ibu bapa, kami faham dengan adanya anak kecil, pasti senang digertak oleh anasir jahat. Tetapi kami pun terfikir juga, takkan sampai tuang air Pepsi dalam mesin CDM. Memang tak logik.

Perbuatan kejam si pemanggil palsu ini bukan sahaja boleh mengosongkan akaun bank wanita tersebut, malah membuatkan beliau melakukan jenayah yang meletakkan beliau ke dalam hutang yang lebih berat.

Harapnya keadilan berlaku terhadap kesemua pihak, dan kami berharap kes tersebut berjaya diselesaikan pihak berkuasa di China.

Leave a Reply