Video, Viral

[VIDEO] Warga Emas Maut Terjatuh Lebih 100 Kaki Ketika Parasailing

Seorang warga emas berumur 70 tahun, Roger John Hussey, disahkan mati ketika melakukan aktiviti parasailing di Kata Beach, Phuket, Thailand hari Rabu yang lalu.

Rakaman video yang viral di Internet ini dikatakan dirakam oleh isterinya sendiri ketika beliau membuat aktiviti sukan air tersebut.

Rakaman video tersebut secara terang benderang menunjukkan saat-saat terakhir ketika Hussey jatuh ke dalam pantai yang cetek pada ketinggian yang melebihi 100 kaki ketika aktiviti parasailing tersebut.

Dua orang lelaki, pemandu bot dan budak pantai yang menjalankan aktiviti tersebut telah ditangkap dan didakwa di atas tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Hussey merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Australia. Beliau juga merupakan pengarah kepada beberapa syarikat besar di sana.

Kami di sini pun tak berani nak buat aktiviti macam ni! Memang nampak menarik tapi risau sangat-sangat perkara macam ni berlaku.

Apa-apa pun kepada orang ramai di luar sana yang gemarkan aktiviti lasak, kami berharap agar anda sentiasa berjaga-jaga dan pastikan segala alat keselamatan lengkap dan digunakan sebaiknya.

Leave a Reply