Viral

(VIDEO)Belasah Kanak-kanak Kerana Makan Tumpah, Wanita Ditahan Polis

Seorang wanita telah ditahan polis setelah videonya memukul seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah rumah telah menjadi viral.
NasiAN

Kejadian itu dikatakan berlaku di Taman Puchong Perdana., Puchong, Selangor.


Rakaman berdurasi 2 minit 45 saat itu telah menjadi viral di media sosial Facebook dan WhatsApp.

Wanita itu dikatakan berang apabila kanak-kanak itu makan tetapi nasinya tumpah ke lantai.
18839385_1688721164770624_7209690684169502351_n

18882047_1895333497392270_7998767633152758372_n

Dalam video itu dia dilihat memukul kanak-kanak itu yang menjerit kesakitan menggunakan kayu berkali-kali.

Video itu dipercayai dirakam juga oleh seorang kanak-kanak boleh ditonton di bawah.

Dalam rakaman itu, wanita itu mengatakan tidak kisah jika video rakaman penderaan itu menjadi viral, kerana yang dipukul itu tidak mempuyai pertalian darah dengannya dan hanya dijaga sekejap saja.

Ada Netizen mendakwa kanak-kanak perempuan itu anak yatim piatu. Rakaman itu didakwa diambil pada jam 7.00 malam kelmarin dan wanita itu telah ditahan malam semalam.

Netizen berang dengan kejadian itu, apatah lagi seekor anjing dilihat berlegar seolah-olah cuba membantu meleraikan penderaan tersebut.

Netizen juga melahirkan rasa lega kerana wanita itu kini sedang berada dalam tahanan polis dan kanak-kanak itu kini sudah diselamatkan.-amazingnara.com

Comments 1

  1. nine

    padan muka pompuan gila..kalu dia buat anak aku mcm tu ada biru mata dia aku tumbok..biar dia rasa sakitnya cam mana..benci ngan org psyco pukul2 budak..gara2 nasi sepinggan tumpah mcm nak bunuh budak

Leave a Reply