Written by serenity | February 16th, 2012

Sebuah aurora (atau aurorae) ialah sebuah persembahan cahaya semulajadi di langit, secara tepatnya di rantau berlatitud tinggi (arktik dan antartik), disebabkan oleh pertembungan  partikel bercas yang bertenaga dengan atom di atmosfera latitud tinggi (termosfera). Partikel bercas ini asalnya dari magnetosfera dan angin solar, dan di atas bumi, ia diarahkan oleh medan magnetik ke dalam atmosfera.

Di latitud bahagian Utara, kesan ini dipanggil aurora borealis (atau cahaya-cahaya utara), dinamakan bersempena dewi Roman, Aurora, dan nama Greek untuk angin utara, Boreas, oleh Pierre Gassendi pada tahun 1621. Aurora yang kelihatan di kutub magnetik mungkin sangat tinggi di langit, tetapi dari jauh, ianya menerangi horizon dalam bentuk cahaja kehijauan  dan kadangkala merah pudar, seolah-olah mentari terbit dari arah yang aneh.

Terje Sørgjerd, seorang jurugambar telah menghabiskan masa selama seminggu untuk merakamkan sebuah pertunjukan Aurora Borealis terbesar baru-baru ini. Video diambil di sekitar Kirkenes dan Pas National Park di sempadan Russia, pada kedudukan 70 darjah utara dan 30 darjah timur. Suhu pula sesejuk -25 darjah Celsius. Masih pengalaman yang menyeronokkan, katanya.

1 responses to (VIDEO)Cahaya Aurora Borealis Yang Mempesonakan

  1. belimbing buluh says:

    Ya Allah…indahnya ciptaanMu….subhanallah

Leave a Comment

Optional