Viral

(VIDEO)Kerana Pintu, Lelaki Dan Perempuan Tua Bergaduh Di Stesen Minyak

Sebenarnya penulis mengambil sedikit masa juga untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku seperti yang diceritakan oleh pengguna Facebook ini. Rupanya, tercetus perang mulut antara dia dengan seorang wanita kerana pintu di sebuah stesen minyak.
PINTUAN

Menurut Effendiey Ismail, dia dipanggil ‘bodoh’ oleh seorang wanita berumur kerana menghalang pintu stesen minyak tersebut menyebabkan wanita itu tidak dapat keluar.

Effendiey bagaimanapun mendakwa terdapat dua pintu, bermakna wanita itu boleh menggunakan pintu sebelah lagi untuk keluar.

Namun begitu, Effendiey mendakwa wanita itu tidak berpuas hati dengan alasannya dan terus melemparkan cacian terhadapnya. Ini menyebabkan Effendiey merakam kejadian itu dan memuat naik rakamannya ke akaun Facebook miliknya. Effendiey menulis:

Kejadian di Shell Bukit Senyum – SWIFT J** 7***

Okay ceritanya macam ni, makcik tattoo ikan khoii ni tak puas hati dengan aku sebab dia kata aku block jalan dia keluar.

Siap bodoh-bodohkan aku lagi. Okay, kalau ya pun aku salah, cakaplah baik-baik lagi-lagi dengan perwatakan kau yang dah macam Hajah Heathrow kembali, kann?

Serious laa aku terkejut kot? Then aku cakap laa “pintu ada dua la makcik !”

Dia tak boleh terima kenyataan pula tu. Dah satu hal, lepas tu dia boleh bodoh-bodohkan aku sepanjang jalan nak ke kereta.

Ingatkan dah habis, masa aku nak ke motor, dia boleh berhenti nak pekik terlolong macam aku ni baru lepas berjimak dengan dia plak.

Wahhh, makin aku diam makin menjual makcik ni. Siap nak ambil nombor motor bagai.

Silalah buat semakan pak cik oii, motor tu sampai sekarang clean macam hati tuannya.

Ahh lantak ko laa. Ko nak viral mehh sini aku bagi ko famous! Cuma tak sempat nak touch up je muke mona fendi ko tu tadi.

Nasib dia bukan geng LEMPAR SELIPAR Olympic. Hahahaa, kalau tak beraya aku dengan bekas selipar atas muka ! ? Apa-apa pun abang pegang sikat tu memang steady.


Dalam video itu wanita tersebut dilihat menjerit perkataan-perkataan tidak sepatutnya kepada Effendiey.

Netizen memberi komen bahawa perbuatan wanita tua itu agak melampau, sedangkan dia sudah berumur dan menampilkan imej wanita muslimah.

Ada juga yang berpendapat hal ini hanya hal kecil dan boleh diselesaikan secara mudah dan berhemah tanpa diviralkan.

Apa pun, perkongsian Effendiey telah menjadi viral dengan lebih 11,000 shares di Facebook.-amazingnara.com

Sumber: Effendiey Ismail

Leave a Reply