Written by serenity | March 4th, 2012

Karl Wallenda (January 21, 1905 – March 22, 1978) ialah pengasas The Flying Wallendas, sebuah kumpulan keluarga lagak ngeri pejalan tali. Wallenda diketahui sebagai seorang pejalan tali yang sering melakukan aksi yang menimbulkan rasa seriau. Tambah seriau lagi, beliau sering melakukan aksi berjalan atas tali di bahagian atas bangunan tinggi tanpa jaring keselamatan.

Di sepanjang kariernya, Wallenda telah telibat dengan pelbagai tragedi melibatkan keluarganya sewaktu membuat persembahan, tetapi beliau terselamat. Dia terus membuat persembahan kerana itu ialah apa yang dia sukai. Pada 1978, di umur 73, Wallenda cuba berjalan di antara dua menara 10 tingkat Condado Plaza Hotel di San Juan, Puerto Rico.

Wayarnya sepanjang 37 meter (121 kaki) tetapi Wallenda gagal mengimbangkan badannya apabila angin bertiup lebih dari 48 kilometer sejam. Beliau telah terjatuh dan akibatnya terbunuh.

Keluarga Wallenda bagaimana pun mengatakan tragedi itu berlaku kerana “kesilapan pada wayar”, bukannya angin. Seorang krew filem WAPA-TV di San Juan telah merakamkan tragedi itu, dan video itu yang menampilkan narasi  Guillermo Jose Torres penuh emosi, telah disiarkan di seluruh dunia.

Yang Nie Pun Sesuai Kot Untuk Anda

PERHATIAN: Pihak AmazingNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak AmazingNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 responses to (VIDEO)Lagak Ngeri Terakhir Karl Wallenda

  1. ghhh says:

    11111111111111ssssssssssssssstttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  2. ada apa pada 1st says:

    gila ngerinye..

  3. lady wani says:

    umangaiiiii~~

  4. jiji says:

    erkkk (T_T)

Leave a Comment

Optional