Viral

(VIDEO)Pemandu Lori Dibelasah Teruk Sekumpulan Lelaki Kerana Terlanggar Mercedes Benz

Gara-gara gostan ketika memandu lori, seorang lelaki dibelasah teruk beberapa orang lelaki setelah belakang kenderaannya terlanggar hadapan kereta Mercedes milik seorang lelaki lain.

PemanduAN

Kejadian itu berlaku pada lebih kurang jam 2.15 petang Sabtu lalu. Empat lelaki yang membelasah pemandu tersebut kini diburu polis.

Waktu itu, mangsa bersama rakan yang bekerja sebagai penghantar roti dan minuman jus dilaporkan terlanggar kereta jenis Mercedes Benz di kawasan parkir di hadapan lobi utama di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa.

Akibatnya, berlaku pertengkaran antara pemandu lori dan kereta, dan berlaku pergelutan.

Bagaimanapun, empat lelaki yang bukan penumpang Mercedes Benz berkenaan tiba-tiba muncul dan turut membelasah pemandu lori terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, laporan berhubung kejadian telah diterima dari pengawal keselamatan kondominium terbabit.

Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini serta mengenalpasti suspek terbabit berdasarkan maklumat saksi.

3

2

1

Sehubungan itu, polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat orang ramai terutama penduduk di kawasan terbabit untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, satu video yang dipercayai dirakam oleh salah seorang penduduk kondominium terbabit yang memaparkan bagaimana pemandu lori itu dibelasah dengan teruk menjadi viral.

Ketika kejadian, beberapa pengawal keselamatan warga Nepal hanya melihat kejadian berkenaan, tanpa mengambil sebarang tindakan disebabkan bimbang dipukul suspek.

Sumber: BH Online


Comments 3

  1. Doa orang dizalimi confirm akan dimakbulkan……. tak kisah la orang tu jahat ke tak jahat ke, hatta orang kafir sekalipun.. jika dia dizalimi, doa dia direct akan dimakbulkan

  2. Traveller

    Ya Allah..zalim nya manusia. Lagi rendah darjat daripada binatang. Kalau mangsa ada anak & isteri, sedih lah mereka tengok video ni. Sekurang2 nya kalau masih ada ibu, ibu yang tengok video ni akan sedih & bimbang. Apa pun kesalahan mangsa, sepatutnya masih ada perasaan simpati & kasih. Ni boleh trigger racism pulak ni.

  3. kasi tangkap jer,gile la sepak kepala org mcm tu, mmg niat nk bunuh org

Leave a Reply