Info Semasa, Inspirasi, kagum, Macam-Macam, Sukan, Video, Viral

[VIDEO]Pesaing UFC Kategori Strawweight Justine Kish Terberak Ketika Perlawanan Di UFC Fight Night

Peninju UFC, Justine Kish, terlibat dalam satu insiden yang memalukan ketika perlawanannya dengan Felice Herrig di hadapan beribu-ribu peminat dan lebih memalukan lagi, di dalam siaran televisyen yang mungkin disaksikan oleh berjuta-juta orang.

Tetapi peninju berumur 29 tahun ini memberikan respons paling badass ke atas kejadian memalukan tersebut di hadapan siaran langsung televisyen.

Kish menunjukkan semangat yang tinggi ketika perlawanan dengan Herrig kerana beliau berjaya terselamat daripada satu gerakan rear-naked choke yang hampir membuatkannya pengsan.

Sepanjang perlawanan antara Kish dan Herrig, dia menunjukkan satu persaingan sengit tetapi ramai yang berkata-kata ke atas insiden yang berlaku pada pusingan ketika sehingga menjadi viral.

Bukan sahaja beliau dikalahkan oleh Felice Herrig di perlawanan UFC Fight Night di Octagon, tetapi insiden beliau terberak ketika berlawan itu yang lebih memalukan.

Video di atas menunjukkan Kish kehilangan kawalan ususnya ketika cuba untuk terlepas dari gerakan rear-naked choke yang dilakukan oleh pelawannya.

Jumlah tenaga yang digunakan Kish untuk terlepas daripada gerakan tersebut daripada Herrig telah membawanya kepada insiden beliau terberak di hadapan khalayak ramai dan juga siaran langsung televisyen.about the unfortunate incident.

Bagi kebanyakan peninju UFC, reaksi mereka pasti rasa sangat malu ke atas insiden tersebut tetapi bagi Kish, dia adalah seorang pahlawan dan tidak mengendahkan perkara tersebut.

Peserta kategori strawweight itu turut mengesahkan melalui Twitter yang dia terberak ketika perlawanan tersebut.

Ini bukanlah pertama kali seorang peninju terberak di dalam gelanggang perlawanan. Sekurang-kurangnya mereka berani untuk tampil dan berlawan. Kalau admin, belum sempat masuk gelanggang dah tercirit.

Apa-apa pun, thumbs up kepada Kish dan juga Herrig kerana berlaku profesional terhadap kejadian tersebut dan sentiasa cool walaupun bergelumang dengan tahi ketika perlawanan.

Leave a Reply