Travel

Vietjet Hadiahkan Kapal Terbang Emas 1kg untuk Promosi Istimewa Ulang Tahun ke-5

Vietjet meneruskan sambutan ulang tahunnya yang kelima dengan promosi terbesar tahun ini iaitu ‘Menangi Kapal Terbang Emas 1kg, Terbang ke Masa Depan yang Menggembirakan’. Sebagai sebahagian daripada promosi tersebut, orang ramai berpeluang untuk mendapatkan 5 juta tiket penerbangan yang berharga daripada RM1 bermula 28 Disember 2016 hingga 28 Februari 2017 dalam tempoh ‘waktu emas’ iaitu di antara 1 petang hingga 3 petang (waktu Malaysia) setiap hari di www.vietjetair.com.

Promosi ini termasuk semua penerbangan domestik di Vietnam dan semua laluan antarabangsa antara Vietnam dan Kuala Lumpur (Malaysia), Hong Kong, Taipei, Kaohsiung, Taichung, Tainan (Taiwan), Seoul, Busan (Korea), Singapura, Bangkok (Thailand), Yangon (Myanmar) dan Siem Reap (Kemboja).

Semua penumpang yang telah berjaya menempah tiket dalam tempoh promosi akan berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah untuk memenangi jongkong emas seberat 3.75 gram setiap minggu. Hadiah lain untuk dimenangi adalah hadiah utama iaitu sebuah kapal terbang emas seberat 1 kg!

Penumpang yang membuat penerbangan dalam tempoh ini juga turut berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi dan balik percuma setiap hari dengan penerbangan Vietjet. Untuk menyambut musim perayaan, kebanyakan lapangan terbang domestik dan antarabangsa juga akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti bertemu dan bergambar dengan model serta pelbagai persembahan mengejut.
Tiket promosi boleh ditempah di www.vietjetair.com (juga boleh dicapai menerusi telefon pintar di https://m.vietjetair.com) atau di www.facebook.com/vietjetvietnam (hanya klik pada tab “Booking”). Pembayaran boleh dilakukan dengan mudah menggunakan kad debit dan kredit termasuk Visa, MasterCard, JCB, KCP, dan American Express.

Vietjet merupakan perkhidmatan penerbangan yang popular dan terkenal sebagai perintis bagi pelbagai aktiviti hiburan dan promosi istimewa semasa musim perayaan. Dengan perkhidmatan berkualiti tinggi, tiket berkadar rendah yang istimewa dan pelbagai kelas tiket, Vietjet berbangga untuk menawarkan penumpangnya penerbangan yang menyeronokkan dengan kakitangan yang mesra dan dinamik, tempat duduk yang selesa, hidangan panas yang lazat dan kejutan istimewa daripada aktiviti dalam penerbangannya.

Mengenai Vietjet:
Vietjet adalah syarikat penerbangan pertama di Vietnam yang beroperasi sebagai entiti penerbangan moden dengan perkhidmatan tambang murah dan dipelbagaikan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Ia menyediakan bukan sahaja perkhidmatan pengangkutan tetapi juga menggunakan teknologi e-dagang terkini menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk kepada pengguna. Syarikat baru-baru ini meraih Persijilan IOSA daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) selepas baru tiga tahun beroperasi. Vietjet juga diisytiharkan “Pengangkut Tambang Murah Asia Terbaik” pada majlis Anugerah TTG Travel 2015, yang mengumpul undi daripada pengembara, agensi perjalanan dan pengendali pelancongan di Asia. Syarikat ini juga menerima penarafan sebagai tiga jenama penerbangan paling pesat pertumbahan di Facebook di dunia oleh Socialbakers dan syarikat penerbangan paling digemari di Vietnam pada 2015.

Pada masa ini, syarikat penerbangan ini memiliki 40 pesawat, termasuk A320 dan A321, dan mengendalikan 350 penerbangan setiap hari. Ia telah membuka 53 laluan di Vietnam dan ke seluruh destinasi antarabangsa seperti Thailand, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, China dan Myanmar. Ia telah membawa kira-kira 25 juta penumpang sehingga kini.

Memandang ke hadapan, syarikat merancang untuk meluaskan lagi rangkaiannya ke seluruh rantau ini. Sebagai persiapan, Vietjet telah memeterai perjanjian dengan pembuat pesawat utama di dunia bagi pembelian lebih banyak lagi pesawat serba baharu dan moden.

Nyatakan kesukaan anda dengan menekan butang `Like’ Vietjet di Facebook, , ikuti kami di Twitter, @Vietjetvietnam, dan tonton video kami di YouTube VietJet

Leave a Reply