Viral

Viral Pemandu Uber Dibelasah : Netizen Buat Carian, Gambar Wanita Vietnam Terlibat Didedahkan.

Susulan viral kes pemandu Uber yang dibelasah lebih dari 10 lelaki kerana didakwa mencabul penumpang wanita warga Vietnam, video dan gambar wanita berkenaan tersebar di media sosial.

Video berdurasi 4 minit 22 saat itu menunjukkan, pemandu Uber, Sukri Ramli, dibelasah dengan kayu selain diterajang, ditendang dan ditumbuk di bahagian mukanya yang tidak terdaya melawan kemudian melarikan diri dalam kereta, namun tetap dipukul sekumpulan lelaki itu.

Sukri langsung tidak diberikan peluang untuk bertanya dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Gambar wanita warga Vietnam yang dikatakan menjadi punca pergaduhan itu juga telah dimuat naik ke laman sosial.

Menurut individu yang memuat naik gambar berkenaan berkata, gambar wanita itu diperolehi berdasarkan nombor telefon wanita itu yang tertera dalam aplikasi Uber.

Sumber

Comments 4

  1. Anonymous

    apa benda cerita tergantung???

  2. ladylover 94

    tu la masalahnya..tergantung crita dia ni..apa punya artikel lah yg dorang buat ni..sampahhh weiii

  3. nana

    mn gmbr nye…. ketahian apakah ini?????

  4. mokpokang

    boikot admin

Leave a Reply