Viral

Viral Remaja Panjat Signboard ‘IPOH’, Majlis Bandaraya Bakal Ambil Tindakan Tegas

Sejak sehari lepas, beberapa keping gambar menunjukkan lapan orang remaja memanjat dan bergambar di signboard IPOH di bandaraya Ipoh telah menjadi viral.

panjatipohGambar-gambar itu telah dimuat naik oleh satu akaun Instagram yang menggunakan handle @farihanbaharudin memaparkan aksi para remaja tersebut bergayut, memanjat dan bergambar di signboard itu.

Bagaimanapun, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejam lepas yang ia akan mengambil tindakan tegas terhadap lapan remaja tersebut.

Kenyataan MBI adalah seperti berikut:

MBI TIDAK PERNAH BERI KEBENARAN MEMANJAT SIGNBOARD ‘IPOH’

Terdapat viral sekumpulan remaja yang melakukan aksi bahaya dengan memanjat signboard ‘Ipoh’.

Sehubungan dengan itu, dimaklumkan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat signboard ‘Ipoh’ kerana ia amat membahayakan nyawa pihak yang memanjat dan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk. Struktur yang didirikan itu bukan didirikan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan ‘IPOH’ tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalanraya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ianya berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

MAJLIS BANDARAYA IPOH

1 2

3

4

5

6

Pengalaman remaja itu juga dikongsikan di beberapa buah blog yang mendapat perhatian ramai. Terdapat satu video yang dimuat naik oleh Farihan menunjukkan satu hammock diikat pada struktur signboard itu manakala dia baring dan membuat aksi baru bangun tidur di hammock tersebut.

Tinjauan penulis mendapati akaun Instagram itu kini telah diprivasikan oleh pemiliknya.

Apa yang perlu  adik-adik ketahui, aksi seperti itu ialah merbahaya dan perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk dilakukan. Ia juga boleh dikatakan satu perbuatan biadap kerana tidak menghormati sesuatu yang dibina oleh Kerajaan Negeri untuk melambangkan Ipoh sebagai bandaraya yang maju dan berkaliber.
`

Diharap adik-adik tidak melakukan perbuatan seperti ini di masa hadapan. –amazingnara.com

Sumber: MBI


Comments 34

  1. Anonymous

    Bukan 6 org…tapi 8 org semua nya dlam gambar tu

  2. serenity

    Dah dibetulkan. Tq

  3. Miss L

    Gilo…bapak gayat.

  4. Anonymous

    tgk yg specky tu nguap dok dlm hammock tu pun..lutut aku dh start shaking…gayatttttt

  5. Anonymous

    Kakakaka padan muka buat laa perangai attention seeker buat benda tak berfaedah lagi

  6. Local Traveler

    Perempuan… Semua benda di buat nak cerita kat orang.. Haizz.. Dah dapat moment tu, diam2 dah laa.. Nie nak satu dunia tahu.. Hermm.. Dah x leyh naik dah lepas nieh.. Besepah la pagar keliling bukit.. Yang Majlis pun jangan duk kencing sangat laa.. Apa kebenaran plak yang disebutkan sedangkan tiada pemantauan dan tindakan pihak Majlis di kawasan itu sebelum nie, boleh cgheritew?

  7. REZ

    @Local Traveler

    Ko ni komen mcm org bodoh la. Boleh ke suka2 hati nk panjat monumen / banggunan2 awam sesuka hati. Ko pi la panjat klcc pastu salahkan kerajaan tak buat pemantauan. Mcm diaorg xde keje lain nk buat dari pikir benda2 xmsok akal mcm ni. Lagi2 benda ni membahayakan org awam, mesti la kna mintak kebenaran dulu. Dah ko sokong sgt budak2 tu patut la ko pun bodoh mcm diaorg.

  8. Anonymous

    Yes aku stuju ngan mu REZ…akai x dak dia ney. Becakap..sma mcm beqok 8 ekoq gayut atas singbord u…nak mti pecuma ka..eh buat apa skali pwon la ney semua kna mintak izin lah surat nyurat bagai kelulusan bagai…bodoh..limau peqot tiga seqangkai buta peqot x dak akai..dok diam2 d qumah sudah..

  9. nf

    betul tu, bende membahayakan nyawa orang awam dan diri sendiri. banyak lagi bende boleh panjat kenapa nak kena panjat signboard tu jugak. ada banyak cara nak tunjuk bakat.

  10. Imansofiey

    Blaja tggi sgt ni.. pandai tu simpan cket. Xyh tunjuk kt org. Nnty lam lokap bole tunjuk ye

  11. Rapunzel

    Bangga syt la pjat signboard ipoh tu peraq je aq tgkkk y pompuan tu pn bkn men lg gedikkk sje la letak kat intag bg tau sume org dgn bangga ye ishhh pasniii padan muke pasniii melingkop lam pjara dah ade kes jenayahhh bijakk syt kan hahhaha bodoh buat malu bangsa ye kaum len xde buat camtuu melayu je banggang

  12. Anonymous

    Pakai tudung, tapi persoalannya, dimana letaknya akhlak mereka…MasyaALLAH…?

  13. -

    Makin lama, makin tak pandai perangai budak budak ni. adoiii! Duk bahayakan nyawa tu buat apa? Dah lama hidup?

  14. Carry cranial

    Nk mampos cepat ke ape tuh? Otak mane otak? Heiii…bangang..The

  15. jubo

    aduh susah la melaysia nie..owg putih pjat banggunan tinggi xde ape pun di kenakan tindakan..

  16. jubo tu simpan sikit

    orang outih mati lantak dia, yang mati nnt orang malaysia ..nnt mati claim duit kome juga

  17. Masya Allah..knp adik2 buat mcm tu…mak ayah kn msih ade tk syg ke pd mereka….buat lh yg lbih berfaedah…sayangilh diri …amanah Allah untuk di jaga sementara nyawa di dlm jasad…

  18. SATU MALAYSIA

    apa la nak jadi melayu zaman sekarang ni.. org bagi panjat bukit, gunung.. diorg pulak sibuk nk panjat signboard tu.. memula ingatkan edit buat tak kisah la mulanya.. dalam hati kata pandainya diorg edit gambar.. yelah tak nak la fikir negatif.. bila dh viral pasal tu, rupanya mmg betul2 panjat signboard tu.. aku tengok pon tak sanggup apatah lagi nk panjat..lepas ni harapnya xde lagi dh berlaku kes bahaya camni…

  19. budak kecik

    Ini kalau mak ayah akj tahu confirm dia marah if aku di tempat budak2 ni. netizen ngutuk boleh tepis bidas, mak ayah aku ngamuk ha tkde siapa leh lawan. buat benda guna akal yg waras bkn semata nk kejar populariti. nak naik blh, minta la kebenaran dulu.

  20. Anonymous

    Attention seeker….sangat-sangat attention seeker…kurang perhatian…kurang sangat kasih sayang…
    Budak-budak ni memang tak sayang nyawa…kesian ibu bapa mereka…blaja tinggi-tinggi tapi cerdik tu tak guna sepenuhnya.. tak payah nak tiru cara barat,yang buruk tu ikut sangat…yang baik tu tak nak ikut…yang pompuan tu gediks sangat…elok la tangkap cepat-cepat…duk di lokap tu…

  21. Anonymous

    pengecut.

  22. anon

    pengecut.

  23. Zaman Dah Berubah

    Budak2 zaman sekarang ?

  24. Selalu dok tengok dalam 9gag saja omputeh buat aksi berani mati ni, tak sangka melayu pun bolehhhh…. kesimpulannya, nak buat jahat, jangan upload gambar huhu

  25. Anonymous

    Kalau jatuh mampus terus senang cerita. Korek lubang, tanam ja. Masalahnya kalau x mampus tp putus kaki ke, tgn ke.. Lg teruk kalau lumpuh seumur idup. Dah mnyusahkan mak bpk n adik bradik plak nak kna jaga korang, nak kena basuh berak kencing.. Heeee.. Bangang!

  26. Macam2 la adik2 ni.. tak tau apa tujuan buat macam tu. semoga belajar daripada kesilapan.

  27. anonymous

    Aku tak leh bla perempuan bertudung tu knape perangai diorang mcm org tak bertamduan…memalukan perempuan bertudung jelah….gi mampus lagi baik la dari menyusahkan mak bapak

  28. Anonymous

    Berani lain mcm budak2 skrg. Tp berani kt tmpt yg x sepatutnya

  29. Dusunian

    buang masa betul budak2 ni, ntah dah kerja ke belum. maybe self-employed kot diorang nih. musim buah kayu tak lama lagi ni..boleh pm contact number budak2 ni ? aku nak upah suruh panjat pokok petai, sebatang pokok – rm300 (syarat-kutip semua petai dari sebatang pokok). ada banyak pokok2 petai kat kampung ni yang tak dipanjat2..yang dicuri taikpit ada la..kalau nak parkour sangat saya nak upah suruh hiking dusun bapak saya, kutip buah durian, kait manggis, rambutan, langsat, dokong,buah asam..sehari nak upah rm70-80 sorang, boleh ke adik-adik parkour sekalian ? geographically dusun bapak saya boleh tahan mencabar, berada di kaki gunung jerai, ada valley yang licin masa nak kutip durian. risiko untuk tergelincir atau ditimpa durian yang tak diduga, dikejar babi hutan atau terserempak pak belang. di malam hari, risiko untuk dikacau monyet dan beruk. tidak lupa juga kepada sang unggas dan ‘makhluk halus’ ataupun bunian. sapa2 minat bagitau saya.

  30. sweet dreamer

    Atukoiii….Marabahaya nih!

  31. Berani mo mampos overdose juga ni remaja2…adeiiiiiiii

  32. Allah, remaja2 ni berani x bertempat..Generasi gen Z ke apa ni. Attention seeker sangat. Saya cadangkan mereka ni dibawa pergi jumpa kaunselor untuk sesi kaunseling. Masih mencari identiti diri mungkin. Diharap , lepas ni dah x buat benda2 macam ni dan boleh jadikan pengajaran untuk semua.

  33. Anonymous

    sayang seribu Kali sayang…sepatutnya kanu bercawat saja seperti Tarzan…tidak menodai imej muslimah bertudung Dan punya adab sopan…mungkin kamu salah asuhan Dari keluarga atau teman lelaki …Carilah sahabat2 yg membimbing menjadi wanita solehah…bukan yg membimbing untuk menjadi beruk..

  34. anonymous

    Mungkin diaorang ingat, lepas mati boleh hidup balik kat dunia ni… nyawa yg ada sekarang tak dihargai…

Leave a Reply