Viral

Viral Video Kanak-Kanak 3 Tahun Pegang Paip Dadah, Polis Mula Lancar Operasi.

Polis telah menjalankan siasatan ekoran satu video viral memaparkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai diberi dadah jenis syabu menerusi paip meth oleh teman lelaki bekas menantunya.

Nenek kepada kanak-kanak berkenaan (pengadu) yang berusia 53 tahun melihat video berkenaan pada jam 3 petang kelmarin selepas ditunjukkan oleh seorang lagi cucunya.

Menurut Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, video menunjukkan kanak-kanak itu diberikan oleh suspek dan dalam keadaan tidak berbaju, khayal serta tidak bermaya.

Polis kini menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001, susulan laporan dibuat pengadu petang semalam.

“Kanak-kanak itu tinggal bersama ibu kandungnya dan teman lelaki ibunya. Pengadu bimbang mengenai keselamatan cucunya selepas melihat video berkenaan tular di Facebook.

“Anak pengadu bercerai dengan ibu mangsa pada 2016 selepas menantunya ditangkap bersama suspek.

“Ibu mangsa pernah bercinta dengan suspek sebelum berkahwin dengan anak pengadu,” katanya.

Selain itu, polis juga sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengesahkan video terbabit dan polis sudah mengenalpasti suspek.

Mior juga berkata pengadu tidak pasti sama ada kanak-kanak itu diberi dadah oleh suspek namun dia risau akan keselamatan cucunya itu dan mahu mengambil hak penjagaan dari ibu kanak-kanak terbabit.

“Kami telah lancarkan satu operasi untuk menangkap suspek dan selamatkan kanak-kanak itu,” kata Mior.

Sumber: Harian MetroNST

Leave a Reply