Info Semasa

Virus Rabies : Risiko Jika Digigit Atau Dicakar Kucing, Kemungkinan Dijangkiti Rabies.

Orang ramai dinasihati tidak memandang ringan jika mereka digigit atau dicakar oleh kucing kerana masih mempunyai risiko jangkitan penyakit anjing gila atau rabies.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) negri, Dr. Fuziah Muhayat berkata, risiko jangkitan penyakit itu bukan hanya melibatkan anjing sahaja.

“Bukan hanya kalau digigit anjing, orang ramai juga harus segera ke pusat kesihatan terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan jika digigit atau dicakar kucing kerana berkemungkinan risiko jangkitan rabies berlaku,” katanya.

Bernama melaporkan sebelum ini, seorang suri rumah digigit kucing peliharaannya di Kampung Menteri, Kuala Sepetang namun tiada tanda klinikal pada kucing terbabit.

Bagaimanapun, kucing itu telah dikuarantin serta pemerhatian klinikal dilakukan keatasnya sehingga tempoh 14 hari.

Pemilik kucing tersebut Norhayati Abdul Hamid, 41, tidak menyangka sama sekali haiwan peliharaannya itu akan menggigitnya.

Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika dia sedang menyiang ikan belanak di rumahnya sebelum tiba-tiba kucing peliharaannya menggigit jari kanannya.

“Saya ingat gigitan ini tidak memudaratkan sehingga kakitangan DVS mengarahkan saya mendapat rawatan kerana sekarang ini wabak penyakit anjing gila di sini,” katanya.

Sumber :

Leave a Reply