Info Semasa

Wanita Cedera Betis Ditusuk Objek, Insiden Eskalator Di Pusat Beli Belah Terkemuka

Seorang wanita cedera selepas betisnya tertusuk satu objek ketika dia dipercayai sedang meneruni sebuah eskalator di sebuah pusat membeli belah di sini.

Menurut maklumat orang ramai di media sosial, betis wanita terbabit didakwa ditusuk oleh besi yang tiba-tiba terkeluar ketika dia menuruni eskalator terbabit.

Foto yang viral memperlihatkan darah yang terkeluar dari betis wanita terbabit dan objek itu masih lagi tertusuk di betisnya.

Sementara itu, Sunway Pyramid dalam satu kenyataan mengesahkan berlaku satu kemalangan di pusat beli belah itu petang tadi.

“Hari ini sekitar jam 4 petang, seorang pengunjung cedera disebabkan oleh insiden eskalator. Pengunjung itu telah diberi rawatan medikal. Kami sedang menyiasat situasi dan akan mengemaskini selepas mendapat butiran lengkap.”

Leave a Reply