konfius, Macam-Macam, Manusia, menarik, Misteri, Pelik, Video, Viral

Wanita Di China Bunuh Diri Kerana Tidak Tahan Sakit Ketika Hendak Melahirkan Bayi

Seorang wanita mengandung terjun dari bangunan hospital di Yulin, wilayah Shaanxi, barat laut China setelah ditolak permintaan membuat pembedahan C-seksyen Khamis lepas, yang telah mencetuskan kemarahan di media sosial China.

Pada 30 Ogos yang lalu, wanita berusia 26 tahun dengan nama Ma ini diberi pemeriksaan dan didapati bayi dalam kandungannya terlalu besar untuk membuat kelahiran normal di mana ianya mempunyai risiko tinggi untuk wanita tersebut dan juga bayi kandungannya. Jadi, doktor di hospital menyarankan untuk melakukan pembedahan C-seksyen, tetapi ianya ditolak oleh keluarga beliau.

Satu kenyataan mengatakan pihak hospital telah memberitahu keluarga wanita tersebut tentang situasi itu dan telah cuba untuk mendapatkan kebenaran untuk melakukan pembedahan, namun ditolak berulang kali.

Pada pagi seterusnya, Ma masuk ke dalam wad bersalin dalam keadaan sakit melampau.

Dia turut dilihat keluar daripada wad sebanyak dua kali, meminta kebenaran daripada ahli keluarga untuk melakukan pembedahan cesarean. Video di bawah ini menunjukkan rakaman CCTV yang menunjukkan Ma sehingga melutut merayu suaminya dan keluarga – namun, keluarga tetap berkeras untuk tidak melakukan pembedahan.

Pada jam lebih kurang 8.00 malam, Ma jatuh dari tingkat 5 wad bersalin, membunuh kedua-dua dirinya dan bayi dalam kandungannya selepas hilang kawalan emosi.

Kenyataan pihak hospital bercanggah dengan kenyataan keluarga Ma.

Suaminya yang bernama Yan Li berkata bahawa isterinya melutut kerana terlalu sakit dan keluarganya telah meminta agar pembedahan cesarean diteruskan di mana Ma pada mulanya dikatakan meminta agar kelahiran normal dilakukan. Namun begitu, pihak hospital menolak untuk menjalankan pembedahan menurut laporan Beijing Youth Daily.

“Doktor mengatakan tidak perlu melakukan pembedahan cesarean kerana isteri saya adalah selamat dan bayi itu akan dilahirkan,” kata Yan, menurut laporan.

Ramai netizen di China berang dengan keadaan ini di mana mereka mengatakan bahawa keluarga Yan Li menipu dan melakukan laporan tersebut untuk menutup aib sendiri dan cuba untuk membuat duit daripada kes ini.

Ramai turut memberikan komen bahawa tidak sama sekali pihak hospital akan menolak untuk melakukan pembedahan cesarean kerana ianya satu prosedur yang menguntungkan buat pihak hospital.

Kes ini kini sedang dalam siasatan dan pihak hospital memberikan kerjasama sepenuhnya dengan memberikan rakaman CCTV di setiap sudut yang mempunyai pandangan terhadap mendiang Ma.

Siapa betul siapa salah? Di China bukan boleh percaya sangat. Dah macam-macam kes pelik-pelik berlaku di sana.

Leave a Reply