Uncategorized

Wanita Hamil Sumbat Cili Padi Dalam Alat Sulit Kekasih Gelap Suami

Seorang wanita mengandung yang mendapati suaminya curang telah menghukum perempuan simpanan suaminya dengan menyumbat cili padi ke dalam vagina wanita itu.
Untitled-1
Ly Chanel, 23, mendakwa menjadi curiga dengan suaminya yang baru dikahwini selama tujuh bulan, Chen Kiao, 24, yang sering hilang berjam-jam lamanya di waktu malam.


Ly bersama empat orang rakan wanita mengekori Chien ke sebuah motel sebelum menyerbu lelaki itu bersama kekasih gelapnya di wilayah Thai Nguyen, tenggara Vietnam.

Ly yang berang memakai sarung tangan lateks manakala tiga wanita lagi memegang wanita itu dan mengambil gambar sewaktu mereka menanggalkan pakaian dalamnya pada petang Selasa.

Mereka membuka satu bungkusan besar cili padi merah dan menyumbatnya ke dalam kemaluan wanita itu–meyebabkan kepedihan teramat akibat kepedasan cili tersebut.

Gambar-gambar menakutkan menunjukkan kekasih gelap suami wanita itu dipegang kepala, lengan dan kaki sambil merintih kesakitan manakala badan wanita dan cadar katil dilihat berlumuran isi dan biji cili padi.

Kumpulan wanita itu memudiannya memuat naik semua gambar itu ke media sosial sambil bercakap besar mengenai hukuman itu–tetapi ia menyebabkan mereka dikecam teruk kerana tidak mensasarkan suaminya sendiri yang curang.

Ly, yang mengandung tiga bulan dan bakal melahirkan seorang bayi lelaki berkata:

Tidakkah suami saya ingin saya hidup bahagia untuk melahirkan anaknya?

Bagaimana dia nak jaga kami jika dia curang dengan perempuan lain yang menghancurkan rumahtangga saya? Wanita boleh memaafkan dengan mudah tetapi bukan melupakan. Rasa cemburu itu menyakitkan, sekarang baru dia tahu.

Ada orang yang bencikan saya sekarang, tetapi hidup ini memang begini, kita tak dapat puaskan hati semua orang.

Polis menyatakan tiada laporan dibuat oleh mangsa tetapi pihak pendakwaraya memberitahu Ly Chanel boleh didenda jika polis menyiapkan kertas siasatan mengenai kejadian itu.

Peguam Giang Hong Thanh dari pejabat peguambela daerah berkata:

Pertama sekali, kita patut bersimpati dengan keadaan psikologikal isteri itu yang merasakan kebahagiaan keluarganya telah dicemari.

Bagaimanapun, menyumbat cili ke dalam kemaluan orang lain dan memuat naik klip rakaman perbuatan itu ke Internet ialah perbuatan menjatuhkan maruah orang lain.

Peguam itu menambah, sekiranya cili yang dilumur itu menyebabkan kecederaan pada kemaluan wanita itu, si isteri boleh didakwa bawah Artikel 104 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dan denda sehingga RM 450.-amazingnara.com


Leave a Reply