Info Semasa, Kesihatan, menarik, Tips

Wasabi Didapati Menggalakkan Pertumbuhan Rambut 3 Kali Lebih Cepat Daripada Minoxidil

Baru-baru ini, Kinin, salah satu syarikat pengeluaran wasabi telah mengumumkan satu penemuan baru – penambah rasa sushi ini mampu menjana pertumbuhan rambut.

Sebagai penggemar tegar sushi, kami merasakan benda ini tahyul semata-mata kerana walaupun boleh dikatakan hampir setiap minggu makan sushi, rambut kami gugur lebih cepat berbanding jatuhnya matawang Ringgit.

Walau bagaimanapun, ianya bukan salah wasabi kerana rupanya cara penggunaan kami yang salah.

Penyelidik yang membuat penemuan ini mengatakan bahawa dalam daun wasabi mempunyai sejenis kandungan kimia yang digelar isosaponarin yang mempunyai kebolehan untuk membangkitkan sel papilla di dalam kulit kepala manusia.

Sel papilla yang bersentuh dengan isosaponarin seperti memberikan semangat hidup yang baru dan mula memberikan respons kepada stimulasi luaran yang akhirnya menggalakkan pertumbuhan rambut. Ianya juga turut menjadi pemangkin dalam pembangunan protein pada kulit kepala yang memberikan satu jalan baru untuk nutrien dalam badan diserap oleh sel papilla.

Ini adalah serupa dengan produk melebatkan rambut yang ada di pasaran, cuma penyelidik mengatakan efek isosaponarin ini adalah 3 kali ganda lebih kuat berbanding produk seperti minoxidil.

Bukan itu sahaja, tetapi 6-MSITC, satu komponen dalam rhizome (bahagian yang kita makan) dalam wasabi yang memberikan bau tajam tersebut dikatakan mempunyai efek yang sama kepada sel papila. Tetapi anda perlu ingat, yang penting ialah bahan kimia ini perlu bersentuhan terus pada kulit kepala.

Ini bermaksud jika anda makan wasabi dengan banyak sekalipun, ianya tidak mempunyai apa-apa efek terhadap pertumbuhan rambut. Jadi anda perlu gosok wasabi pada kulit kepala untuk mendapat manfaat daripadanya.

Siapa yang nak cuba sapu wasabi pada kepala untuk tengok betul tak rambut tumbuh jadi lebat?

Leave a Reply