WHO Umum Terima Peningkatan Kes Harian COVID-19 Tertinggi Semalam

covid-19

Untuk makluman, sebelum ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan penularan COVID-19 kini dalam fasa berbahaya. Nampaknya kenyataan itu diperkuatkan lagi dengan data terbaru yang diterima WHO apabila semalam mencatatkan peningkatan kes harian tertinggi dalam rekod.

Baca: WHO Beri Amaran Penularan COVID-19 Kini Memasuki Fasa Bahaya

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, badan dunia itu melaporkan peningkatan sebanyak 183,020 kes positif global dalam tempoh 24 jam. Sementara itu, kenaikan tertinggi direkodkan di Amerika Utara dan Selatan dengan lebih 116,000 kes baharu.

Ini merupakan peningkatan kes harian tertinggi setakat ini berbanding pada 18 Jun iaitu dengan 181,232 kes. Peningkatan kes tertinggi ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif jangkitan COVID-19 kini mencecah 8.7 juta dengan angka kematian melebihi 461,000.

Advertisement

korea selatan

Korea Selatan yang sebelum ini telah membuka semula persekolahan dan sektor perniagaan kembali menerima peningkatan kes terbaru. Korea Selatan telah melaporkan 17 kes baru, 12 daripadanya berasal dari wilayah metropolitan Seoul. Enam daripada kes terbaru dikaitkan dengan kedatangan warga asing.

Baca: Lebih 500 Sekolah Di Korea Selatan Kembali Ditutup Semula Selepas Terima Peningkatan Kes COVID-19

Sebelum ini, Korea Selatan menjadi contoh kepada negara-negara lain selepas berjaya meredakan gelombang virus itu dengan pelaksanaan yang dilakukan. Setelah menerima 40 hingga 50 kes baru setiap hari selama dua minggu terakhir, semalam adalah kali pertama jumlah jangkitan baru menurun kepada hanya berbelas kes setelah dalam hampir sebulan.

Peningkatan kes baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa Korea Selatan mungkin akan menghadapi penularan wabak yang besar setelah gelombang pertama jangkitan. Sementara itu di China, sebanyak 18 kes terbaru dikesan semalam di mana 7 daripadanya adalah kes tanpa simptom.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber: (1), (2)

Comments

comments