Viral

“Yam, Orang Dah Tak Peduli Saya, Karier Saya Pun Orang Dah Tak Suka.” – P. Ramlee

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dianggap sebagai seniman legenda oleh masyarakat Malaysia. Pelbagai pengiktirafan dan keistimewaan dikurniakan kepadanya setelah dia meninggal dunia.
P RAMLEE

Namun tahukah anda, di hujung kariernya, P. Ramlee dipulaukan dan hidup miskin kerana tiada punca pendapatan?


Qarmaarmy.my telah menulis mengenai kerjaya P. Ramlee di hujung usianya. Kisah ini menjadi viral di Twitter sejak semalam. Ikuti kisahnya:

Di’boo’ penonton

Pada penghujung kariernya, P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk ‘Konsert 3 Ramlee’ yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie. Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah ‘boo’ beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.

EMI Music dan Shaw Brothers tamatkan kontrak P. Ramlee

Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya. Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat kekayaan dari lagu-lagunya.

Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.

Tiada sumber pendapatan

Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling sedih buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah/ berlakon filem etc sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian. Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk meminjam wang.

Diketepikan oleh RTM

Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat show/ menyanyi. Bila arwah pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja.

Kunjungan terakhir ke Singapura

Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu dicalonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan. Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka…akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang Aziz Sattar.

“Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka. Saya dah tua. Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa,” katanya pada iparnya, Maryam.

P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sampai hanya makan nasi dengan telur.

Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diserang sakit jantung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan meninggal dunia.

16585564_599411653587919_4374797226065526784_nBegitulah sebuah kisah sedih seorang seniman terulung yang hanya dihargai setelah kematiannya. Begitulah lumrah dunia.-amazingnara.com

Sumber: qarmaarmy.my


Leave a Reply