Cool, Info Semasa, Inspirasi, kagum, menarik

Yuna Penyanyi Malaysia Pertama Tersenarai Bagi Calon Anugerah BET!

Yuna sekali lagi mengukir sejarah sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi bertaraf internasional setelah tersenarai sebagai calon untuk memenangi anugerah BET di Amerika Syarikat.

Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai, tersenarai dalam calon anugerah tersebut menerusi lagunya ‘Crush’ yang dinanyikan secara duet bersama-sama dengan penyanyi Hollywood, Usher.

Lagu tersebut disenaraikan di bawah kategori BET Centric Award 2017 yang diberikan kepada artis yang membawa genre muzik neo soul atau R&B yang bakal berlangsung pada 25 Jun 2017 di Microsoft Theater, Los Angeles yang dianjurkan oleh Black Entertainment Television.

Beliau bakal bersaing dengan lima lagi artis internasional termasuklah Mary J. Blige, Fantasia, Solange, Kehlani dan juga SYD. Antara nama-nama terbesar dalam industri muzik yang turut bakal bertanding dalam penganugerahan kali ini ialah Bruno Mars, Rihanna, Beyonce dan banyak lagi.

Tahniah Yuna kerana berjaya meletakkan nama anda sekali lagi dalam persada muzik antarabangsa! Kami rakyat Malaysia sangat berbangga dengan bakat yang anda ada! Kami berdoa agar anda menang kali ini!

Leave a Reply