1 Utama Lapor Satu Lagi Kes Positif Covid-19, Kali Ini Dari Staf Di Parkson

Selepas membuat ujian saringan pada Rabu, seorang perunding kecantikan di Elite Parkson, Pusat Membeli Belah 1 Utama, Petaling Jaya kini disahkan positif COVID-19.

Menurut Parkson Malaysia, individu terbabit bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis membeli belah itu.

Dedahnya lagi, kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi sedang dijalankan seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Malah pihaknya juag difahamkan akan menutup sementara premis berkenaan bagi proses mitigasi risiko jangkitan.

Advertisement

Dalam pada itu, semua kakitangan turut menjalani ujian saringan dan dinasihatkan kuarantin kendiri selama 14 hari. Malah, pengurusan Pusat Membeli Belah 1 Utama turut memaklumkan pengesanan kontak rapat masih dijalankan sehingga kini.

 

Comments

comments