(10 GAMBAR)Kerana Sakit Misteri, Wanita Tambah 51kg Berat Dalam Masa Enam Bulan

Memang kasihan apabila membaca mengenai keadaan wanita ini. Laura Pell, 34, sebelum ini ialah seorang yang cergas dan sering ke gimnasium. Mengamalkan gaya hidup sihat, nasib Laura berubah apabila badannya membelon sejak enam bulan yang lalu. Kini beratnya telah bertambah 51 kg dari berat asal enam bulan dahulu iaitu sebanyak 57kg.


 photo PAY-Laura-Pell1.jpg

Laura memberitahu kenaikan berat badan itu bukannya kerana pertambahan lemak, sebaliknya kerana tubuhnya menyimpan air. Apa yang lebih merisaukan, setakat ini doktor masih belum berjaya mengesan penyakitnya, serta ubatan yang diberi kepada Laura untuk mengurangkan jumlah air dalam badannya tidak menunjukkan sebarang kesan. Kata Laura:

Saya dalam kesakitan dan sukar untuk bergerak. Sejak enam bulan lepas saya hidup terseksa dan kehidupan saya tidak ada kualiti.

Orang gemuk biasanya kerkulit kendur, tapi badan saya terasa tegang.

Saya fikir orang yang lihat saya di jalanan mesti ingat saya kuat makan, sebenarnya saya makan kurang dari dulu tetapi berat badan sentiasa meningkat. Saya takut suatu hari nanti saya tidak akan dapat bergerak lagi.

Saya sudah hilang keyakinan diri dan tidak bertemu rakan-rakan lagi kerana badan saya sakit dan berpeluh jika bergerak.

Buat masa ini, Laura dijaga oleh teman lelakinya, Mark, 30 dan ibunya. Laura menyifatkan dirinya bernasib baik kerana teman lelakinya masih mencintainya walaupun penampilannya telah berubah dengan drastik.

Doakan supaya doktor dapat mendiagnosis punca sebenar keadaan Laura dan semoga dia dapat dirawat dengan segera.

Advertisement

Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo PAY-Laura-Pell9.jpg
 photo PAY-Laura-Pell8.jpg
 photo PAY-Laura-Pell.jpg
 photo PAY-Laura-Pell7.jpg
 photo PAY-Laura-Pell5.jpg
 photo PAY-Laura-Pell6.jpg
 photo PAY-Laura-Pell2.jpg
 photo PAY-Laura-Pell3.jpg
 photo PAY-Laura-Pell4.jpg

Laporan asal: Mirror UK

Comments

comments