(10 GAMBAR)Seekor Singa Membunuh Seekor Babun, Apa Yang Dilakukan Oleh Singa Itu Berikutnya Memang Mengejutkan

Entri kami kali ini mempunyai stail tajuk ViralNova.

Semuanya bermula apabila dua orang jurugambar  memandu di utara Botswana.

Semuanya bermula apabila dua orang jurugambar  memandu di utara Botswana...
Mereka terserempak dengan sekumpulan kira-kira 30 ekor babun yang sedang bertempiaran melarikan diri. Babun-babun itu dikejar oleh seekor singa betina. Malangnya, singa itu berjaya menggigit seekor babun.

Dan apa yang berlaku berikutnya tidak dijangka sama sekali oleh jurugambar-jurugambar tersebut.

Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Advertisement

Babun betina yang digigit telah mati, dan sewaktu singa itu mahu membawa pergi hasil buruan menggunakan rahangnya, seekor anak babun muncul dari badan babun itu. Rupanya ia masih bergantung pada badan ibunya.

Anak babun itu cuba memanjat pokok, namun terlalu lemah. Singa betina mula mendekati si anak babun. Saat berikutnya, sepatutnya sesuatu yang agak mengerikan, bukan?

Apa yang mengejutkan, singa betina hanya menunjukkan sedikit kecurigaan kepada anak babun yang ketakutan. Ia kemudiannnya mula bermain dengan si anak babun.

Anak babun itu tercedera dan masih lemah selepas apa yang berlaku. Pada waktu ini jurugambar merasa ngeri kerana memikirkan yang anak babun itu mungkin akan menjadi hidangan tengahari.

Tetapi, apa yang sebaliknya berlaku,

Singa betina mendekati dan duduk di hadapan bayi babun. Dia menepuk lembut badan anak babun itu.

Anak babun tidak lama kemudian mula respon, dan memeluk dada singa betina.

Pada satu ketika, singa-singa lain mula mendekati mereka. SInga betina tadi mula agresif, seolah-olah cuba mempertahankan anak babun telah menghalau singa yang lain.

Sementara itu, di pokok berdekatan, bapa babun memerhatikan kejadian itu, menunggu masa yang sesuai untuk menyelamatkan anaknya.

Sebaik saja perhatian singa-singa mula beralih, bapa babun menangkap anaknya dan menarik anak itu ke atas pokok.

Pengakhiran sempurna untuk sebuah cerita yang mendebarkan.

Laporan asal: http://newswatch.nationalgeographic.com/2014/04/03/baby-baboons-dramatic-encounter-with-lions-ends-with-a-heroic-twist/

Comments

comments