10 Orang Rakyat Malaysia Maut Dijangkiti COVID-19 Di New York

Gambar hiasan

Penularan wabak COVID-19 masih lagi memberi tanda tanya kepada seluruh dunia mengenai ‘asal-usulnya’. Bilangan kes positif seluruh dunia masih meningkat hari demi hari, dengan kes dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kadar tertinggi setiap hari.

Baca: Kes Kematian COVID-19 Di Amerika Syarikat Kini Melebihi Jumlah Korban Peristiwa 9/11

Dilaporkan setakat ini, sekurang-kurangnya 10 orang rakyat Malaysia yang tinggal di New York, AS termasuk dalam angka korban akibat COVID-19 di negara itu.

“Sangat menyedihkan bahawa mereka kehilangan nyawa di tanah asing yang jauh dari rumah.”

Seorang rakyat Malaysia yang menetap di New York memegang kotak berisi barang keperluan yang disumbangkan oleh MAA

Advertisement

Menurut presiden Persatuan Malaysia Amerika (MAA), Kim Bong berkata setakat ini kira-kira 30 rakyat Malaysia telah dijangkiti virus maut itu, di New York. Tambah menyedihkan apabila kebanyakkan dari mereka dijangkiti di tempat awam berpunca daripada kurangnya kesedaran masyarakat yang tinggal di sana tentang bahaya wabak itu.

Segala urusan pengebumian rakyat Malaysia telah dikendalikan oleh perusahaan perkapalan dan elektronik di sana dan dibantu oleh MAA sendiri. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang dibenarkan menghadiri pengebumian itu.

MAA dikatakan turut membantu memberi sumbangan seperti topeng muka dan makanan kepada kakitangan barisan hadapan.

Jumlah kes kematian COVID-19 di AS setakat ini sebanyak 23,282 orang, dengan jumlah kes positif yang dilaporkan adalah sekitar 360,000 kes.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments