10 Orang Yang Terbunuh Ketika Sedang Mengambil Selfie

1)  Terbunuh ketika selfie untuk #SelfieOlympics

Satu trend yang popular dengan hashtag #SelfieOlympics telah meragut nyawa seorang remaja lelaki 18 tahun, Oscar Reyes. Pada 2 Januari 2015, remaja itu menangkap gambar dirinya memakai kostum Spongebob dan memuatnaik gambar itu ke Facebook. Dia mendapat 200 likes untuk gambar tersebut dan menyebabkan dirinya teruja untuk mencabar diri bagi selfie yang lain. Walaupun kawan-kawan menyatakan idea selfienya itu ‘sesuatu yang gila’, dia tetap melakukannya.

a99327_dead-selfie_7-olympic

Para penyiasat memberitahu Oscar berada dalam tandas bilik ibunya pada 3 Januari, sekitar 2.00 pagi apabila terjatuh dari pintu dan mencederakan kepalanya. Dia meninggal dunia kerana pendarahan teruk.Terdapat satu akaun Facebook yang telah dibuat untuk memperingati Oscar. (Sumber)

Advertisement

Lagi sembilan selfie maut dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Jom sertai Lantai Cilik Musim Ketiga!(Sebuah lagi program terbitan bersama RTM dan JKKN)Rakam video tarian…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Friday, 12 June 2015

2) Maut jatuh jambatan ketika berselfie

Pada tahun 2014, seorang pelajar kejururawatan dari Poland meninggal dunia ketika cuba berselfie di jambatan Puente de Triana di selatan Sepanyol. Sewaktu mengimbangi badan ketika meniti tebing jambatan terkenal itu, Sylwia Rajchel tergelincir dan jatuh 15 kaki ke dasar jambatan yang dibuat dari konkrit.

a99327_dead-selfie_2-bridge

Dia sedar seketika setelah diberi rawatan kecemasan di tempat kejadian tetapi kemudiannya meninggal dunia di hospital.

Kejadian ini berlaku semasa pelajar ini sedang menikmati percutian impiannya. (Sumber)

3) Padah berselfie dengan pistol

Bermain-main dengan pistol sesuatu yang berbahaya, namun berselfie dengan pistol boleh meragut nyawa. Pada tahun 2014, seorang lelaki Mexico terbunuh setelah mengambil selfie dengan sepucuk pistol. Mangsa dikenali sebagai Oscar Otero Aguilar, 21 tahun. Lelaki ini sememangnya dikenali dengan sikap suka berselfie unik di akaun Facebook miliknya, termasuk berselfie dengan kereta mewah, motorsikal mahal dan wanita cantik.

a99327_dead-selfie_3-gun

Menurut polis, anak muda itu memusing-musingkan pistol di udara sewaktu mengambil selfie. Dia mati dalam perjalanan ke hospital. (Sumber)

4) Kemalangan setelah selfie

Colette Moreno, 26, yang bakal berkahwin telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya kerana kereta yang dipandu oleh kawannya bertembung dengan kenderaan lain. Ashley M. Theobald berkata dia sedang cuba memotong satu kereta di mana ekzosnya mengeluarkan asap yang menyebabkan Moreno diserang asma. Ketika cuba membantu kawannya itu, kereta itu terlibat dalam pelanggaran.

a99327_dead-selfie_4-car-crash

Moreno meninggalkan anak lelaki berusia lima tahun dan tunang yang patah hati, Jesse Arcobasso. (Sumber)

5) Jatuh ketika berselfie

Seorang gadis berusia 17 tahun jatuh 30 kaki ketika memanjat satu jambatan keretapi untuk mengambil selfie. Xenia Ignatyeva sepatutnya menyambut ulangtahun kelahiran ke 18 sebulan selepas kejadian dan direnjat oleh elektrik 1500 volt setelah cuba berpaut pada satu wayar elektrik.

a99327_dead-selfie_5-train-treck

Xenia merupakan seorang jurugambar amatur dan sangat gemar mengambil gambar dirinya dengan sebuah kamera yang dibeli hasil bekerja sambilan pada hujung 2013. Polis mempercayai gadis itu masih hidup buat beberapa ketika setelah tubuhnya terhempas ke tanah. (Sumber)

6) Gadis maut ketika selfie temujanji pertama dengan teman lelaki

James Nichols, 23, dan teman wanitanya, Cheynne Holloway, 21, bercinta jarak jauh buat beberapa ketika sebelum mengambil keputusan untuk bertemu. James terbang dari UK ke Afrika Selatan untuk bertemu gadisnya. Pasangan itu melawat sebuah tempat iaitu Northcliff Hill, bukit kedua tertinggi di Johannesburg. Mereka berhenti untuk selfie berlatarbelakangkan pemandangan matahari jatuh.

a99327_dead-selfie_6-first-date

Menurut saksi, Cheynne sedang berdiri atas satu batu besar berhampiran puncak bukit manakala James yang merupakan seorang jurugambar potret sedang memasang tripod. Batu itu tergelincir menyebabkan Cheynne jatuh 15 meter ke atas sebatang jalan. James bergegas turun dan cuba memberi bantuan pernafasan buat Cheynne selama 20 minit sebelum paramedik tiba. Bagaimanapun, paramedik kemudian mengesahkan bahawa Cheynne telah meninggal dunia di tempat kejadian. (Sumber)

7) Direnjat elektrik ketika selfie

Pada Mei 2015, seorang remaja Romania, Anna Ursu, 18, dan seorang kawan pergi ke sebuah stesen keretapi di bandar Lasi untuk mengambil ‘selfie istimewa’ yang ingin dimuat naik ke Facebook. Dia berbaring di atas sebuah keretapi dan menaikkan sebelah kaki ke udara. Kabel di bahagian atas kemudiannya merenjat elektrik sebanyak 27,000 voltan di tubuhnya, menyebabkan tubuhnya terbakar dan menyala.

a99327_dead-selfie_1-wire

Walaupun orang ramai yang lalu-lalang cuba menyelamatkannya, Anna meninggal dunia di hospital akibat kebakaran tubuh sebanyak 50 peratus.  (Sumber)

8) Dipukul ombak ketika selfie berkumpulan

Seorang wanita muda bernama Chezka Agas lemas ketika berselfie secara berkumpulan setelah majlis sambutan harijadi seorang rakan di Filipina. Pelajar kejuruteraan awam berusia 18 tahun itu dipukul ombak sewaktu berselfie dengan rakan-rakan di hadapan kincir angin Bangui di pantai Barangay Masikil.

a99327_dead-selfie_8-beach

Polis membawanya ke hospital berdekatan, tetapi dia diisytihar meninggal dunia ketika ketibaan. (Sumber)

9) Pasangan maut terjatuh ketika selfie bersama anak-anak

Pada Ogos 2014, satu pasangan suami isteri dari Poland maut setelah terjatuh ketika selfie di Cabo da Roca, Portugal bersama anak-anak mereka.

a99327_dead-selfie_9-couple

Anak mereka yang berusia enam dan lima tahun menyaksikan kejadian itu dan kini dijaga oleh diplomat Poland dan beberapa orang ahli psikologi. (Sumber)

10) Padah selfie ketika menunggang motor

Ramon Gonzalez ialah seorang rapper dari Puerto Rico, dan lebih dikenali dengan nama Jadiel. Terdapat beberapa lagunya yang hits, antaranya “Fashion Girl” dan “Sol y Arena”.

a99327_dead-selfie_10-motorcycleSewaktu melawat keluarga di Rochester, New York, Jadiel sedang menunggang motorsikalnya dan cuba menangkap gambar selfie. Beberapa saat kemudian, dia hilang kawalan terhadap motorsikalnya dan memasuki laluan bertentangan. Dia meninggal dunia pada 10 Mei 2014 di Strong Memorial Hospital. (Sumber)

Comments

comments