12 Makanan Perlu Cuba Di Kelantan, Rugi Kalau Tak Singgah

9041

Siapa sahaja di sini yang tidak suka bercuti ke negeri Cik Siti Wan Kembang yang terkenal dengan makanan sedap-sedap dan banyak lokasi menarik untuk dilawati.

Berbaloilah jika anda bercuti ke negeri Kelantan walaupun mengambil masa selama 8 jam perjalanan menaiki kereta selepas dapat menikmati makanan enak di lokasi yang betul dan berjalan sakan di sana.

Seorang pemuda telah berkongsikan satu tentatif di Twitter, semasa beliau membawa kawan-kawannya dari Kuala Lumpur bercuti selama 4 hari 3 malam mengenali bumi Kelantan.

Hari pertama 

Sarapan Pagi (Menu berhantu, Roti Titab)

Menurut Aimanfateh, pada mulanya kawan-kawannya berasa sangat pelik apabila roti diletakkan dengan telur separuh masak dan juga Kaya.

Tetapi apabila pertama kali cuba, lain macam rasa dia. Tambahnya, mereka datang makan di kedai itu sebanyak dua kali iaitu kali pertama dan kali terakhir sebelum pulang ke KL.

Jika anda semua makan di kedai ini dan ingin ‘take away’, kedai ini sediakan ‘box’ sekali.

Harga untuk Roti Titab biasa RM5, Roti Titab special RM6.

Waze: Kopitiam Kita

Nasi Kak Wok


Aiman bawa kawan-kawannya makan tengah hari di Nasi Kak Wok yang asli. Nasi Kak Wok ini memang sudah terkenal sejak dahulu lagi.

Bila lunch, kadang-kadang ramai yang cari nasi Kak Wok sebab gulai dia memang serius sedap.

Harga nasi Kak Wok RM4-RM5

Waze: Nasi Kak Wok Lundang

 

Maggi sup belut


Masyarakat di Kelantan sangat suka makan belut dan menjadi kebiasaan mereka menikmati sup belut. Menu ini dikatakan sangat terkenal di negeri ini oleh semua penduduk di sini.

Aiman berkata, orang KL susah nak rasa sup belut kerana nak jumpa orang meniaga makanan ini pun agak susah.

Aku bawa diorang pergi makan ‘MAGGI TOMYAM BELUT’. Maggi tomyam belut ni sumpah padu, aku sendiri pun takleh nak move on. Member aku sampai dua mangkuk.

Rasa belut ini lebih kurang menikmati ikan keli.

Harga semangkuk RM7.

Lokasi: Pasir Tumboh, Nama kedai Restoran Za Maggie Belut berhadapan SMK Long Ghaafar.

Hari Kedua

Roti COTEK

Hari kedua bawa kawan-kawan sarapan ala-ala Kelantan. Bawa mereka makan roti COTEK atau orang KL makan roti tampal.

Member aku sendiri cakap yang kuah kari dia memang lain daripada lain. Dan roti dia sumpah memang lembut.

Kedai ini memang sudah terkenal lama di Kota Bharu dan mempunyai 5 cawangan. Yang paling terkenal adalah di Berek 12.

Harga: Sepinggan RM2

Nasi Air Dingin


Hari kedua akan ke air terjun, Lata Tembakah di Jerteh, Terengganu.

 

Selepas bersarapan kami singgah beli Nasi Air Dingin untuk dijadikan bekalan untuk mandi air terjun.

Korang kalau datang Kelantan, jangan lupa try nasi air dingin. Sangat reccomend nasi air dingin berlauk daging kerutuk dan ikan. Sangat sodappp.

Lata Tembakah, Jerteh, Terengganu

Serious tempat dia memang lawa. Siapa yang minat mandi air terjun atau nature boleh try pergi. Hilangkan stress.

Then ingat tak nasi air dingin yang kitorang tu. Ni laa rupa dia bila makan kat sana. Nikmat dia tu tenang je rasa.

 

Pantai Senok

Selepas mandi air terjun, singgah sebentar ke tempat menarik di Kelantan iaitu Pantai Senok yang diibaratkan seperti Pulau Nami, Korea.

 

Mee Pok Mie Scekok

Mee ini sangat sedap dan memang kenyang kerana mempunyai lauk yang banyak.

Selalunya makanan ini jadi makanan ringan tetapi apabila makan yang ini dah tak jadi ringan, memang kenyang sangat.

Sebab lauk daging dia bagi memang penuh satu mangkuk, plus lagi lauk ayam plus lagi telur puyuh. Memang perfect habis gais.

Sekiranya menikmati hidangan ini, anda boleh membuat pilihan sama ada nak maggi, mee, bihun, atau kuew teow bersama lauk yang anda ingin nikmati.

Harga: RM5-RM8 semangkuk

Waze: Mee Scekok, berdekatan dengan SK Demit

Hari Ketiga

Nasi Kerabu Jijah NK Stall

Saran sangat untuk menikmati nasi kerabu di sini bersama kambing bakar tumis yang memang sangat sedap bersama air teh hijau ais buih.

Harga: Nasi kerabu daging RM6, teh hijau ais buih, RM 2.30.

Waze: Jijah Nk Stall

Teh Madu Pak Mat Pulau Pisang

Selepas menikmati nasi kerabu, Aiman dan kawan-kawannya pergi ke Teh Madu Pak Mat Pulau Pisang untuk mencuba teh madu buih.

Apa yang istimewa di kedai ini selain tehnya ialah sup kepala ikan.

Harga: Secawan RM5

Waze: Teh Madu Pak Mat Pulau Pisang

Muzium dan Masjid Muhammadi dan beberapa tempat lagi

Yogurt Ustaz Rashid


Semasa berjalan waktu panas itulah, rekomen sangat untuk anda semua mencuba Yogurt paling terkenal di Kelantan. Hampir satu bandar Kota Bharu jual yogurt ini di tepi jalan.

Harga: RM3-RM6 bergantung kepada saiz plastik

Sotong dan Udang celup tepung

Semua kawan-kawan dah mengidam nak menikmati sotong dan udang celup tepung dengan coconut shake.

Terdapat banyak lagi menu, antaranya keropok lekor, ikan celup tepung, kerang celup tepung dan sebagainya.

Harga: Sepinggan sotong dan udang RM10

Waze: Acu Tera

Trip paling letih dan sangat berbaloi

 

Jadi hujung minggu ini bolehlah singgah semua kedai makan ini. Terliur tengok perkongsian pemuda ini, terasa lapar sekarang.

 

Sumber: Twitter

Comments

comments