13 Keranda Kuno Berusia 2500 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Sempurna Di Mesir

Kerajaan Mesir telah mengumumkan penemuan lebih 13 keranda yang masih dalam keadaan baik dipercayai berusia lebih 2,500 tahun di tapak perkuburan Saqqara. Apa yang menariknya, keadaan kayu dan warna keranda tersebut masih baik walaupun sudah mencecah usian ribuan tahun.

Menteri Pelancongan dan Antikuiti Mesir Khaled al-Anany dan Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti (SCA) Mostafa Waziri mengunjungi lokasi penemuan dan memeriksa tapak ekskavasi berkenaan. Waziri berkata, jumlah sebenar keranda yang ditemui termasuk identiti dan pangkat atau kedudukan jasad individu yang ditanam di dalamnya masih belum diketahui. Bagaimanapun, ia akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi memandangkan kerja ekskavasi masih dilakukan.

Advertisement

Berdasarkan pemeriksaan awal, semua keranda berkenaan ditemui dalam keadaan tertutup dan tidak pernah dibuka. Sudah pasti penemuan ini bakal membantu kita mendalami dengan lebih dalam tentang sejarah purba Mesir. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Comments

comments